SIMPATI @abby_abadi112

Pu3 simpati dengan abby abadi. Pu3 tak akan kata dia tersesat. Cuma penghijrahannya pu3 khuatir hanya pada kulit bukan pada Isinya.

Kak abby, tak ada sedikitpun dalam niat pu3 membenci. Hanya lahirnya apa yang pu3 catit ini simpati .

Baca ini kenapa pu3 ragu-ragu:

Orang yang Bertaubat & Ciri Taubat yang diterima

Apakah Allah menyediakan pilihan bagi orang yang terlanjur menerima azab akibat kesalahannya tetapi dia ingin keluar dari azab tsb? Taubatan Nashuha.. Inilah jawabannya. Meninggalkan kesalahan yang lalu dan tidak mengulanginya.

"Barang siapa yang mendapat peringatan dari Tuhannya, dan dia menghentikan perbuatan buruknya, maka yang lalu biarlah berlalu, dan urusannya menjadi urusan Allah. Tapi barangsiapa yang kembali melakukan perbuatan buruknya, maka mereka itulah penghuni neraka, kekal di dalamnya." (Al-Baqarah 275)

Birahmatika ya Arhamar Rohimin, Biqudrotika ya Ghofururohim…
Dengan rahmatMu wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang, dengan ketentuanMu wahai zat yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Begitu sayangnya Allah pada hambaNya yang mau bertaubat, sehingga Allah mau mengangkat urusan kita yang berbuat dosa menjadi urusan Allah. Bahkan Allah menjanjikan akan mengganti segala keburukan kita dengan kebaikan.. dan janji Allah tidak pernah meleset sedikitpun. Allah menggantikan syirik dengan keimanan, zina dengan pengampunan, kemaksiatan dengan ketaatan. Inilah keadaan orang yang benar-benar kembali ke jalan Allah dan Allah tidak akan menyia-nyiakan pahala kebajikan untuk perbuatan bagusnya. Janganlah sekali-kali merendahkan orang yang bertaubat, dan menganggap dia tidak bersih, kerana Allah sendiri telah menjamin dalam firmanNya.

Apa ciri-ciri bahwa taubat seorang diterima oleh Allah?

1. dirinya jauh dan terhindar dari maksiat

2. ia merasakan hatinya selalu bergembira dan rasanya Allah begitu dekat dengannya

3. dekat dengan orang-orang yang sholeh dan jauh dari ahli maksiat

4. ia merasa puas mendapatkan segi dunia meski sedikit, sebaliknya ia merasa kurang walaupun dia telah melakukan banyak amalan akhirat.

5. ia menyibukkan hatinya dengan sesuatu yang diwajibkan Allah

6. ia menjaga lisannya,selalu tafakur,dan selalu menyesali dosa-dosa yang pernah dikerjakan.
[Imam Ghazali]

Keraguan pu3 dengan tiada petanda perubahan penjagaan lisan abby abadi masih sama seperti dahulu. Penuh emosi dan mempertikaikan mereka yang mengkritik. Agak riak sedangkan itu adalah perbuatan syirik kecil.

Maafkan pu3 kak abby.. Berhijarahkan dengan penuh keikhlasan. Usah tertipu dengan kepalsuan. Semakin mengutuk pada mereka yang mengkritik, semakin jauh kak abby tersasar dari niat pertama. Usah persalahkan orang lain apa yang berlaku. Mungkin ini ujian dari Allah, tetapi bukan kerana kak abby sebagai mangsa. Dah ramai artis berhijrah. Tinggalkan dunia glamour, menjaga akhlaknya dan lisannya. Pu3 nak kak abby bermuhasabah diri. Menenangkan diri.

Semangat kak abby nak memperjuangkan diri yang berhijrah itu elok tetapi takut dah jadi lain. Benar ada yang jahil tetapi kuatir yang memberi sokongan itu lagilah jahil. Pu3 kuatir mereka hanya mempergunakan pengaruh kak abby untuk kepentingan mereka.

Salam kasih pu3, peminat kak abby abadi


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

  1. salam pu3,
    akak kira kita sama-samalah jauhi sifat riak yang mana riak itu adalah syirik khafi(x nampak). Niat pu3 mungkin baik tapi dengan posting pu3 di blog ini sedikit sebanyak menimbulkan perasaan riak pada diri pu3 sendiri tanpa pu3 sedari. Malah pu3 telah me'narik' orang lain di jaringan sosial lain seperti FB di mana mereka turut share komen pu3. Siapakah kita untuk menghukum orang lain dan menentukan dosa dan pahala, syurga atau neraka seseorang? Menegur itu perlu tetapi biarlah pu3 tegur secra peribadi dan direct kepada Abby dan bukan di blog pu3. Adakah iman kita makin kuat dengan publishkan keaiban orang lain? Sudah cukupkah iman kita dan amalan+pahala kita? Pesan utk diri saya sendiri dan sesama kita. Wallahua'lam. Moga kita dijauhi dari amalan yang kurang baik dari jauh dari sifat riak. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. pu3 tahu niat akak yang tak meletak nama baik dan pu3 yakin akak antara peminat abbdy abadi yang bahagia dengan penhijrahan dia. nampaknya satu je pu3 nak tegur komen akak. akak fahamkah maksud riak itu. andai pu3 boleh bertemu dgn abbdy sendiri. perkara sama pu3 suarakan seperti mana pu3 tulis. pandangan pu3pun kerana tindakan abby yang sering menggunakan medium sosialnya sebagai mengkritik komen orang lain. pu3 hanya menyuarakannya dan sememngnya tulisan di atas bukan sahaja kepada abby abadi malahan untuk peminatnya yang lebih redha membiarkannya terbuai. terima kasih

      Delete

Post a Comment

Popular Posts