APA KENA USTZH EXPRESS NI??!!!

Bila pu3 dapat je pict tweet dia. Beristigfar berulang kali pu3. Nampak macam kejahilan ustazah express ni. Dok kemaruk mengejar pahala, langkah nampak sumbangnya. Ini bulan puasa. Bukan pu3 nak menfitnah. Tak percaya tgok betul2 pict di atas yang pu3 sertakan. 

Kalimah Syahadah dah cukup merangkumi pengakuan "Aku bersaksi tidak ada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawasanya Nabi muhammad itu pesuruh Allah" 

apa kaitanya kalimah syahadah dengan kebimbangan junjungan Nabi muhammad saw tak mengaku umatnya hanya kerana tak menyertai PAS? 

Adakah pu3 terlepas pandang tentang maksud Syahadah ini? Sehingga abby abadi ini dah upgrade terlebih dari ruang ilmu yang pu3 pelajari?

Kerana apa yang pu3 pelajari dari ustaz dan ustazah pu3 masa sekolah dan kini bersahabat dengan para ustaz dan ustazah yang sedang mendidik pelajarnya dalam bidang pendidikan agama Islam, terlepas pandang perkara seperti yang Abby abadi kuatiri? Takkan dia seorang je peka?

Setahu pu3, syahadah ini bererti penyaksian atau pengakuan seseorang terhadap sesuatu. Apabila seseorang itu mengucap kalimah syahadah, bererti ia telah mengaku dengan lidahnya mengenai sesuatu perkara. Bagaimana ia berlaku? Kerana syahadah itu adalah ikrar yang dilafazkan. 

Pu3 tahu bahawa Fardhu syahadah ada dua. Iaitu diikrarkan dengan lidah dan ditasdiqkan dengan hati. Tak perlulah pu3 huraikan diikrarkan dengan lidah itu, tetapi pu3 akan terangkan maksud tasdiq dengan hati iaitu pengakuan dalam hati , menyerahkan hati masing-masing dan Allah sahaja yang mengetahui segala-galanya. Islam hanya boleh mengukur yang zahir sahaja. 

Apa yang abby abadi tweet tu dah melangkui kemampuan dan batas manusia yang lemah dalam soal pengukuran Allah atas syahadah yang dilafazkan oleh seseorang itu?

Pengakuan Nabi muhammad saw sama ada kita umatnya di akhirat kelak bukan diputuskan melalui menyertai PAS. Apa yang Abby abadi tweet itu sudah melampaui batas dirinya yang masih belajar dalam syariah Islam.

Bukan sekali ini dia bertindak terlebih .. Sebelum ini juga pernah tweet mengatakan terbatal syahadah kerana menolak ulamak. Pu3 tak jumpapun kenyataan itu dalam mana-mana buku pu3 cari.

Ada 4 perkara yang boleh membatalkan syahadah ustazah express. Baca ini betul2 tau:

1. Sujud atau tunduk kepada berhala secara pilihan sendiri bukan kerana dipaksa.

2. Menghina atau memperkecilkan sesuatu yang dimuliakan oleh agama seperti nama Allah swt, sifat-sifat Allah swt, Al-Quran, hadis Nabi Muhammad saw, hukum Syarak, Rasul-Rasul, Perintah serta larangan-Nya 

- mana ulamak yang diceritakan oleh abby ni. Tak adapun dalam perkara ke-2 ini.

3. Mengucapkan sesuatu ucapan kekafiran yang biasanya dengan ucapan itu menyebabkan orang menyangka ia telah kafir. Atau terang-terang orang itu mengatakan yang dirinya telah kafir atau keluar daripada Islam, sedangkan hal keadaannya secara ikhtiari (pilihan sendiri, bukan paksaan)

- soalan. Ada tak ahli UMNO mengaku dirinya kafir? Tak ada, yang mengkafirkan ahli UMNO ni nik aziz je

4. Perbuatan-perbuatan lain menyebabkan boleh terkeluar daripada Islam seperti mengatakan yang wajib itu sebaliknyan begitu juga mengatakan haram itu halal.

- opppsss... Pu3 rasa tahu pihak mana yang acap kali berbuat demikian. Tapi tak akan katakannya.

" Sesiapa yang murtad antara kamu daripada agamanya (Islam) kemudian mati dalam kekafirannya itu maka gugurlah amalan mereka di dunia dan akhirat. Mereka akan kekal menjadi penunggu neraka dan kekal di dalamnya buat selama-lamanya" - surah Al-Baqarah ayat 217

Ayat inipun tak ada perkataan menunjukkan bahawa hanya PAS menyelamatkan ahlinya dari memasuki neraka. Ingatlah dalam Islam itu tiada istilah darjat atau taraf. Termasuklah ustazah ker, ulamak ker, ustazker, Rajaker, presidenker. Yang dinilai adalah Amalan soleh mereka semata. 

Itu yang pu3 tahu tentang syahadah. Ada sesiapa dari PAS atau sesiapa boleh mengatakan bahawa pu3 salah dalam menerangkan SYAHADAH ini? Sila tinggalkan komen anda. Dan komen anda juga tak memberi kesan kenerakaan atau kesyurgaan yang dizahirkan oleh lisan manusia ya. Pu3 hanya YAKIN seYAKINnya, penentu pu3 masuk Syurga dan neraka itu hanya ALLAH swt sahaja. Amalan Pu3 juga yang layak menilai hanyalah Allah swt. Bukan nik aziz atau abby abadi bukan juga PAS.

Comments

  1. dah terlebih dapat hidayah dari ustaz PAS lani...

    ReplyDelete
  2. syahadah bkn sekadar penyaksian atau pengakuan tiada tuhan selain ALLAH,Muhammad Rasulullah...kalu syahadah hanya sekadar pengakuan,org2 munafiq dizaman Rasulullah juga mengakui Rasulullah sbg Rasul

    antara perkara yg membatalkan shahadah ialah menolak hukum/sistem perundangan yg deitetapkan oleh ALLAH,dan menggunakan sumber hukum yg lain dr itu, Benci atau menentang satu-satu perkara mengenai agama Islam atau membenci agama Islam keseluruhannya

    ReplyDelete
  3. siapa yg menolak hukum Allah? kan MSia ada sistem perundangan Islam yg wpun tak dinamakan hudud tapi perkara2 tersebut dah diserap dalam undang2 Syariah Msia.
    sedangkan ilmuan dr Al Azhar dan Masdijil Haram yg hidup mereka mengkaji kitab2 yg mungkin kta sendiri tak pernah baca atau tahu pun akui Msia adalah Negara Islam..bukan sekadar Negara Islam tapi Negara Islam Contoh, layakkan kita yg beru baca berapa ktab ni nak pertikaikan kelebihan ilmu diaorg?
    negara Oman yg 100% Islam pun tak laksana hudud, inikan pilak Msia yg cuma 60% Islam.
    dan kena tahu sirah, bahawa Baginda Nabi laksana hudud selepas berjaya bina roh Islam ygkuat dlm diri penduduk terutama dr segi akhlak dan akidah. sdgkan PAS sendiri gagal membantu kes masalah akidah seperti yg berlaku di Sgor tahun lepas, adakah layak utk PAS memperjuangkan Hudud?
    dan Msia tak pernah menolak pelaksanaan Hudud menurut surat TDM kepada TGNA...tapi beliau menolak Hudud yg dicanangkan PAS kerana byk kelemahan dan bersifat utk mendapatkan pengaruh politik...bukan kerana Allah.
    dan jika benar PAS ikut Al Quran utk draf Kanun Hudud mereka, kenapa ada bea Kanun Hudud Tganu dan Kelantan.
    Malah, TG Haji Hadi sendiri kuar kenyataan yg Hudud bukan keutamaan bila mana PR dpt memerintah nanti dan juga menyatakan Hudud cuma 0.00001% je dr ajaran Islam serta memerlukan kajian mendalam sebelum dilaksanakan, adakah bermakna Hudud yg dicanangkan PAS tu bukan dari kajian yg teliti?
    apa relevenya PAS dgn perjuangan Islam jika mslh paling asas dlm Islam isitu AKIDAH pun PAS gagal nak laksana.
    fikir2kanlah yerk....selamat berbuka

    ReplyDelete
  4. nabi x ngaku umat stahu sy main blakang.hehehe

    ReplyDelete
  5. selagi sesorang itu mengucap dua kalimah syahadah, tiada siapa yg blh kata dia sesat atau munafik dan sebgainya. hanya Allah shj yg selayaknya menghukum. itu jelas. manusia tidak berhak menilai iman sesorg. tidak juga ulama pas. islam yg diturunkan kepada manusia sudah sempurna. tidak perlu lagi nak berdaftar dgn pas utk memastikan kesempurnaan tersebut.

    ReplyDelete
  6. Kalo ALLAH sahaja yg MENENTUKAN...semua orang ZIP lah MULUT ..termasuk kau SENDIRI...tak payahlah...tubuh BADAN DAKWAH ISLAM...ustaz ustazah kat SEKOLAH tak yah ngajor agama lagi..kalo ajor pun tak GUNA...ustaz ustazah tak tentukan masuk syurga atau neraka...SEMUA ALLAH yang NILAI...jadi orang UMNO ker...PAS ker...jangan cakap PASAL ISLAM lagi...full stop..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts