PENDEDAHAN ZZ DENGAN KOMPLOT PENIPUAN MENFITNAH DS ROSMAH DIKESAN!

PEWARIS ANAK BANGSA
 BACA INI!!!!!!!!!!!!!

DALANG FITNAH WIKIPEDIA ROSMAH MANSOR DIDEDAHKAN..


Salam Ramadhan..
Alhamdulillah semalam terlaksana sudah tanggungjawab ZZ untuk menyebarmaklum akan perkara sebenar fitnah yang yang mengaitkan Farit Ismeth @ Pak Ngah dengan seorang VVIP.. Syukur kerana perkara ini terjawab kerana ramai di luar sana yang selama ini beranggapan perkara itu benar.. Berkat Ramadhan Al-Mubarak..
Dikesempatan ini ZZ harap kita semua umat Islam tidak menuding jari antara satu sama lain siapa yang menyebarkan fitnah tersebut.. Yang penting perkara sebenar telah dijelaskan.. ZZ juga nak ucapkan terima kasih kepada semua pihak tidak kira daripada pihak mana sekalipun yang telah menyebarluaskan pendedahan tersebut.. Ramai juga pihak yang mengakui selama ini tertipu dengan cerita palsu tersebut.. Sekurang-kurangnya kita masih lagi bernyawa untuk mengetahui cerita sebenar..
Berbalik kepada tajuk posting ZZ.. Hari ini inbox ZZ dihujani berbagai pertanyaan itu dan ini.. tidak kurang juga yang memberikan informasi-informasi.. Antara banyak-banyak emel di inbox ZZ semalam, ada satu emel ini menarik perhatian ZZ kerana ia melibatkan pendedahan ZZ semalam..

WIKIPEDIA
Disinilah antara punca hal ini berlaku.. Ramai yang tak pasal-pasal dapat dosa kering menyebarkan fitnah yang mereka percaya ia perkara sahih! Jom kita baca sikit tentang Wikipedia..
Maafkan ZZ andai penjelasan ZZ ini kurang tepat.. Almaklumlah ZZ bukan seorang yang arif dari segi teknikal dan internet.. Apa yang ZZ cuba jelaskan adalah berdasarkan bacaan dan pemahaman sendiri..
Jika dilihat daripada penerangan di atas.. Wikipedia adalah 'Open Source' yang mana artikelnya disumbangkan oleh 'volunteers'.. Justeru, rujukan di sini tidak semestinya tepat dan diragui.. Bak kata orang, 'baca boleh percaya jangan'..
Berbalik kepada emel yang ZZ terima, menurut pengirim Dalang yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah di Wikipedia terdiri daripada beberapa individu yang sengaja nak memutarbelitkan fakta.. Mari kita dedahkan sekarang... Lihat gambar dibawah..
 
'Screen shot' di atas menunjukkan tiada maklumat 'Farid Ismeth' seperti yang telah diubahsuai pihak tertentu.. Walaubagaimanapun, maklumat di Wikipedia tersebut telah diubah sebanyak lebih 60 kali dengan memasukkan beberapa fakta 'negatif' dan palsu.. Menurut pengirim emel, beliau telah membetulkan fakta yang sebenar bagaimanapun pihak satu lagi akan menukarkannya kembali.. lihat dibawah:
SC1
SC2

SC3
Pada 5 June 2012,  seseorang yang menggunakakan alamat IP: 115.134.32.194 telah mengubah maklumat 'spouse' dan memasukkan nama Farid Ismeth..

SC 1: Rekod pengguna IP address 115.134.32.194 telah melakukan beberapa perubahan maklumat
SC 2: Menunjukkan maklumat Farid Ismeth telah dimasukkan
SC 3: Menunjukkan versi sebelum diubah oleh 115.134.32.194
Lagi individu yang bertanggungjawab menyebar fakta fitnah:
SC4
Mengguna ID: Mrarifufu, telah memasukkan fakta dibawah (bold) (rujuk SC 4)

She married Najib Tun Abdul Razak in 1987 and the couple have two children - Nooryana Najwa and Norashman Razak. In addition to them, Rosmah also has three other children - Azrene Soraya on her first marriage with Farid Ismeth Emir, and two other children from her second marriage with Abdul Aziz Nong Chik..
Walaubagaimanapun, setelah disemak, user “Mrarifu” telah memadamkan akaun Wikipedianya. Rujuk SC 5..

SC5

Seorang lagi pengguna “Plastikspork” telah memasukkan Farid Ismeth Emir as the 1st spouse of Datin Seri Rosmah, rujuk SC 6..
SC6
Juga lihat SC7 bagaimana pemilik akaun yang menggunakan IP 115.134.32.194 telah membuat beberapa perubahan fakta dalam tempoh 24 jam..
SC7
Justeru, ZZ menyeru agar pihak berwajib seperti SKMM & PDRM dapat mengambil tindakan terhadap individu-individu terbabit yang telah menyelewengkan fakta melibatkan Isteri Perdana Menteri.. Individu tersebut juga bertanggungjawab menyebabkan ramai rakyat Malaysia terpengaruh dan percaya dengan cerita fitnah mereka itu.. 
Tambahan pula, sudah tentu maklumat ini juga menjadi rujukan 'dunia luar' untuk mengetahui latarbelakang negara kita termasuklah pemimpin dan keluarga mereka.. Dalam hal ini, kita semua tak kira latar belakang dan fahaman politik, tidak seharusnya menjadikan sumber rujukan ini sebagai tempat 'main-main' atau apa saja maksud.. Kita perlu hormat kepada pemimpin dan sejarah..

SUMBER: zamzarinazambri.blogspot.com

Comments

  1. datin rosmah mansur pun da ngaku da die kumpul duit syiling dr dulu ag untuk dptkan berlian ni..knp nk fitnah2 lagi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts