APA DS ROSMAH BUAT TIME POSE NI

Siapa kata wanita Pertama Malaysia ini hanya tahu berbelanja semata. Gambar ini menceritakan sebaliknya.
Pasal aurat ni. Biarlah pu3 berulang kata. Tak menutup aurat ni tak bermakna ia menjadi murtad. Apa lagi khianat pada agama. 

Pu3 nak kongsi 1 perkara untuk sebagai renungan kita. Dosa siapa tanggung oleh siapa.

LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh, manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya.

Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.

BERATKAN??
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.

Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.

Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA
* Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
* Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
* Saksinya kurang berbanding lelaki.
* Menerima pusaka kurang dari lelaki.
* Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
* Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
* Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
* Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil.

Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya,ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:
1. Sembahyang 5 waktu
2. Puasa di bulan Ramadhan
3. Taat suaminya; dan
4. Menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH swt akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH…sayangnya ALLAH pada wanita ….

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki…kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin…maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya…supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya. (Ali-Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segalayang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

1 je pu3 nak kata. Soal aurat ni. Bukan 1 perkara kita menolak agama yang dianutinya sebagai umat Islam. Dah ditegur, kita dah lepas dosa, di akhirat tak akan dituntut. Tak ikut bukanlah kewajiban kita nak singkirkannya. As long si suami masih melaksanakan peribadatan, tanggungjawab sebagai pemimpin. 

Seperkara lagi. Kenapa nak mencari kesalahannya sahaja? Banyak lagi kebaikan yang telah dilakukannya. Kenapa menolak kebaikan yang dilakukannya. Islam sendiri telah memberi garis panduan agar tidak mencari kesalahan, ke atas sesama umat.

Comments

  1. memang la x sampai murtad tpi berdosa..dosa kecik kalu diulang2, lama jdi besar..dah kalau kata suami tanggung dosa bini, maknanya malaysia ada pm yg banyak dosa..nk tegur bini pun takut..ermm, satu lagi kau x sebut, dlm neraka sapa yg ramai..?

    ReplyDelete
  2. Salah satu rukun Iman ialah percaya kepada Kitab. Hukum menutup aurat tersebut di dalam kitab al Quran. Kalau beriman dgn rukun Iman, kenapa tidak patuh kepada suruhan Allah yg ditercatat dlm al Quran.

    ReplyDelete
  3. siapa boleh mengaku, patuh pada semua hukum2 dalam al quran? Nabi muhammad pernah bersabda, bagi kamu yang hidup dizaman aku(zaman hidupnya rasul ALLAH) tidak dapat tidak, wajib mengelak dari sebarang dosa. Tetapi akan datang suatu zaman.. di mana umat ku hanya perlu satu per sepuloh sahaja berpegang pada sunnah ku.
    wallah hu aqlam

    ReplyDelete
  4. Gila. . manusia sekarang. . hukum Allah di bawak men2 je. .
    Pemimpin Islam kena tunjuk yg dia mengamal kan cara hidup berpandukan Agama Islam. .jgn confident maksum. . .

    jika kita lihat orang Muslim di Arab atau di UK US dan sebagai nya. .Semua cantik2 putih2 gebu2 seksi. . kita kt sini boleh beza dia kafir ataupun muslim ??? . .

    Sebenarnya Beza org muslim dgn org kafir ialah Aurat dan Solat. .

    Kalo x tutup aurat & x solat. . ade beza ke dgn kafir ? kalo kita solat. . tp Solat itu x mencegah kita dari melakukan perkara mungkar. . solat kita tue diterima ??

    " alaa bukan murtad pon "

    tp kita kena ingat. . x tutup aurat itu berdosa n haram. . kalo 2 juta org berfahaman sperti ROSMAH. . nampak gayanya Generasi akan datang hanya islam pada nama. .

    " i islam okay. . ape ingat orang x pakai tudung nie x puasa x solat ke ?? "

    " i cuma selesa dgn siapa diri i. .i xnak org gelar i HIPOKRIT ! "


    tp bila kt akhirat nant BERANI ke jwb depan Allah mcm tue ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu dosa dia dgn ALLAH, yg hgpa duk gaduh2 sgt pasai apa, dia ada buat dosa ngan hgpa ka? Dlm Malaysia nih ramai lg yg x tutup aurat hgpa x bising lak.. Aurat nih bukan setakat tudung kepala ja, aurat nih menyeluruh, aurat mata, aurat telinga, aurat mulut dan aurat akal fikir. hgpa jgn ingat hgpa dah tutup kepala tu hgpa dah tutup aurat hgpa, hgpa dah jd baik...so jgn duk pertikaikan kesalahan org...lebih baik muhasabah diri sendiri. insyaALLAH semua org akan sejahtera dunia akhirat..

      Delete
  5. yg menulis pun kalau menulis berhati2 lah sikit. pembetulan: tutup aurat itu wajib. Tak kira apa saja situasi dan keadaan. Tak kira apa parti dan perjuangan sekali pun. Wajib tetap wajib, haram tetap haram. sedangkan pemakaian tudung pn ada cara2nya. jangan sampai niat nak pakai tudung, tapi makin menambah dosa. Ini yg dikatakan buat baik/ibadat dapat dosa. cth: pakai tudung pendek (haram), pakai tudung tapi hujung tolak/ikat kebelakang (haram), kerana memakai tudung yg pendek/tidak labuh adalah cara yahudi. memakai tudung hujung tolak/ikat kebelakang itu cara kaum majusi. memakai pakaian yg ketat walau pun tutup rapat, umpama menutum aurat tetapi telanjang. cuba anda pakai baju yg ada, berdiri hampir dinding dan lihat bayang anda. adakah bayang anda menampakkan brntuk tubuh badan anda yg agak seksi? klu x nampak, anda telah menutup aurat dgn sempurna (selain dari memakai tudung yg labuh)..jadi, demi kebaikan ummah dan Islam..sama2 lah kita belajar dan merubah mengikut landasan Islam yg sebenar. jangan sampai kita ni di kata 'Islam keturunan'..macam yg putri katakan..boleh masuk syurga dari mana2 pintu dgn 4 perkara...adakah anda telah lakukan dgn sempurna 100%.cth n0 3: tak pernahkah anda sekalipun mengecilkan hati suami? sudahkah anda memohon ampun??...so, jangan kita ambil mudah...maaf kalau celupar..salam

    ReplyDelete
  6. Kami dgr dan kami taat..bknnya kami kami dgr dan kami ingkar

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts