KERANA BERBEZA POLITIK TAKLAK DIJATUHKAN
PEWARIS ANAK BANGSA
Is ada lagi rupanya pembawaan lain politik bercerai berai ni. masa pu3 kecil, memang pu3 ada dengar cerita sebegini. tu dh 20 tahun berlalu. ingatkan zaman opn minded ni, tindakan dah berubah!
Berbeza dan taksub fahaman politik punya pasal, apa punya bingai punya suami. Punyalah bencinya suami dia pada Hasan Ali sampai sanggup cerai isteri.
Is ada lagi rupanya pembawaan lain politik bercerai berai ni. masa pu3 kecil, memang pu3 ada dengar cerita sebegini. tu dh 20 tahun berlalu. ingatkan zaman opn minded ni, tindakan dah berubah!
Berbeza dan taksub fahaman politik punya pasal, apa punya bingai punya suami. Punyalah bencinya suami dia pada Hasan Ali sampai sanggup cerai isteri.
KOTA BHARU – Hanya kerana tidak menyokong fahaman politik suami, seorang guru mengajar al-Quran dekat sini diceraikan, semalam.Proses penceraian ke atas wanita itu, Cik Yah (bukan nama sebenar), 60, berlangsung di Mahkamah Syariah.
Menceritakan
kisah yang menyedihkan itu kepada Sinar Harian, Cik Yah, seorang ahli
Umno yang aktif di kawasannya, memberitahu beliau mendirikan rumah
tangga dengan lelaki itu, Awang (bukan nama sebenar), dalam lingkungan
70-an, kira-kira 15 tahun lalu, atas dasar suka sama suka.Menurutnya,
ketika itu Awang, seorang penyokong Pas, tidak kisah dengan fahaman
politik yang dipegangnya, tetapi beliau mengambil keputusan melepaskan
jawatan yang dipegang dalam Wanita Umno bagi menghormati pendirian
suami.
“Bagaimanapun,
awal bulan lepas, kami bergaduh besar. Ia berlaku selepas saya
menghadiri majlis cabutan bertuah yang diadakan di Tanah Merah.“Saya tidak tahu pun bahawa (bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr) Hasan Ali hadir dalam majlis tersebut,” katanya.
Hasan,
yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, dipecat daripada Pas pada 8
Januari lalu kerana mengkritik parti secara terbuka.Menurut
Cik Yah, selepas beliau memaklumkan perkara itu kepada suaminya,
suaminya mula mempertikaikan tindakannya turut berada di majlis yang
sama.Pergaduhan bermula di situ dan akhirnya, Awang memfailkan penceraian di mahkamah pada 24 Jun lalu.Mereka pernah berkahwin sebelum ini dan tidak mempunyai anak.
Cik Yah
mendakwa beliau tidak pernah menghalang Awang menyertai mana-mana
ceramah politik dan kecewa kerana suaminya pula mengugutnya hanya kerana
beliau menghadiri satu ceramah yang dihadiri bekas pemimpin Pas. Katanya,
beliau sudah banyak kali berjumpa dengan imam di kawasan itu mengenai
pertelingkahan dengan suaminya dan mendapatkan nasihat bagaimana hendak
menyelamatkan rumah tangga mereka.
Bagaimanapun,
katanya, perkahwinan mereka tidak dapat diselamatkan kerana suaminya
terus mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati dan membuat keputusan
untuk failkan cerai di Mahkamah Syariah.Cik Yah
mendakwa sikap bekas suaminya ini berubah menjadi terlalu sensitif dan
panas baran apabila berhadapan dengan perkara berkaitan politik selepas
sering menghadiri ceramah politik, yang diadakan setiap hujung minggu,
di beberapa tempat di kawasan kediaman
mereka.Beliau
syak Awang dihasut rakan-rakan yang berjaya membawa ahli keluarga
masing-masing menyokong Pas, sehingga Awang berasa tercabar dan
mengambil tindakan menceraikannya kerana perbezaan fahaman politik.
“Sebelum
memfailkan cerai, bekas suami saya berkata dia tidak mahu lagi tinggal
di rumah bersama saya, tetapi mahu berpindah ke rumah anak-anaknya, yang
terletak hampir satu kilometer daripada rumah kami.“Tindakannya
itu menguatkan lagi telahan saya bahawa dia sudah tidak sayangkan saya
lagi, sebaliknya mengutamakan politik daripada isteri sendiri,” katanya.
pesanan pu3 kepada si dara, kalau nak kahwin, kena check betul-betul latar belakang calon suami termasuk keluarganya. kot ada mazhab politik yang berbeza. setahun 2 boleh lagi saling menaan diri dari mengentam ilihan diri. dah lama-lama, bau wangi betukar masam. mulalah perkara remeh dah jadi bncana taufan. Takut kelak mengalami trauma seperti kak yah ni
Comments
Post a Comment