ANWARISTA MEMALANGKAN!!!!!

PEWARIS ANAK BANGSA



Malang Najib dikelilingi Anwarista!
KITA tidak terkejut sedikit pun dengan laporan yang mendedahkan kononnya di dalam Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) dipenuhi oleh kakitangan yang menyokong pembangkang terutama sekali PAS dan kita juga tidak terkejut kalau ada laporan yang mendedahkan bahawa ada di kalangan Ketua-Ketua Jabatan,agensi-agensi kerajaan maupun Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian,Timbalan Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian  tertentu didokong oleh orang-orang yang masih menyokong Anwar Ibrahim.
Mereka ini sebelum ini pernah didedahkan bersifat seperti musang berbulu ayam,menjadi api dalam sekam,bermuka-muka bila didepan Perdana Menteri dan sekaligus menjadi agen menyalurkan segala maklumat kerajaan kepada pihak pembangkang,golongan atau penyangak sebegini masih bertaburan di semua jabatan dan agensi.
Kenapa kita tidak perlu terkejut kerana bukan sahaja di  jabatan,agensi atapun Kementerian-kementerian tertentu malah di Pejabat Perdana Menteri sendiri pun masih ada lagi musang berbulu.masih ada kakitangannya yang bersimpati serta menyokong perjuangan songsang Anwar Ibrahim.
Untuk tulisan ini,saya hanya mahu mendedahkan sebahagian kecil dahulu gerakan kumpulan Anwarinas dan juga Anwarista ini sebagai petanda awal bahawa saya akan mendedahkan perancangan Anwar ataupun blue print kumpulan ataupun individu yang sebenarnya masih setia menyokong Anwar tetapi bermuka-muka di depan PM Najib kononnya melafazkan taat setia kepada kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri.
Mereka ini sedang menjadi ular lidi dan sudahpun ada yang menjadi ular sawa membaham mangsa-mangsa tertentu dan menunggu masa untuk menjadi anaconda bagi menelan Najib serta kerajaannya..
PM Najib sedar atau tidak bahawa di pejabatnya sendiri sedang ada usaha untuk mengsabotaj kepimpinan beliau and setiap apa yang PM Najib rancangkan baik untuk kerajaan ataupun parti,dalam masa yang sama Anwar sudah mendapat segala maklumat itu.Dari mana Anwar terima ini semua kalau bukan daripada rakan-rakannya yang sudahpun berakar umbi di sekeliling PM Najib itu.
Sebab itulah Anwar dilihat terus kuat mengukuhkan cengkaman dan  pengaruhnya kerana beliau sering diberikan nyawa oleh kakitangan ini untuk mendapatkan segala maklumat walaupun palsu bagi diputarbelitkan malah gerakan bekas-bekas anggota ataupun ahli  Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang masih menyokong Anwar Ibrahim bergerak dalam diam bagi membubuh racun dalam kepimpinan PM Najib
Bekas ahli ABIM yang berlagak membenci Anwar dan menunjukkan sokongan kepada PM Najib turut diberikan peluang untuk berada di beberapa buah agensi strategic dan memegang jawatan penting dengan gaji yang cukup lumayan sedangkan mereka sebenarnya adalah alat Anwar yang dibawa masuk untuk melemahkan PM Najib dari dalam.Inilah gunting yang sedang merobek kepimpinan PM Najib.
Kumpulan ini masih bergerak aktif dan sering melakukan majlis usrah dengan dipimpin oleh orang dari Pejabat PM Najib malah mustahil PM Najib tidak dapat mengesan gerakan terancang untuk menggulingkan beliau dari dalam ini dan PM Najib tidak boleh terus bersangka baik kepada semua pegawai-pegawai beliau termasuklah agensi-agensi yang diamanahkan untuk memperkukuhkan kerajaan serta parti.
Lebih mengecewakan,dana yang cukup besar disalurkan kepada ABIM sedangkan semua orang tahu bahawa ABIM adalah merupakan pusat tarbiah Anwar dan ABIM yang setelah sekian lama hidup segan mati tak mahu itu sebenarnya merupakan pusat tarbiah Anwar.(Ini saya akan dedahkan dipenulisan akan datang)
Kita tahu bahawa PM Najib tahu bahawa ada maklumat risikan yang mendedahkan bahawa ada ketua-ketua tertentu termasuklah dari agensi masih berhubung melalui telefon dengan Anwar Ibrahim tapi yang peliknya tidak ada tindakan diambil atau sememangnya Najib tidfak tahu apa-apa tentang pendedahan ini.
ABIM dikatakan pusat tarbiah Anwar..
PM Najib juga perlu tahu bahawa sebahagian laporan yang beliau terima  telah di tapis awal oleh orang-orang yang mempunyai rangkaian dengan Anwar Ibrahim, malah kos melaksanakan sesuatu “kerja politik” mencecah RM5 juta, tetapi laporan `kerja politik ' itu bukan kepada Perdana Menteri.
Kita juga musykil PM Najib tahu atau tidak bagaimana pembiayaan kewangan boleh diberi ataupun disalurkan kepada Mantan Pegawai Khas Anwar yang sangat aktif ketika di luar Negara, malah pernah berdebat dengan Kelab Penyokong Kerajaan di IRC.
PM Najib juga perlu tahu bahawa himpunan pengkhianat parti yang pernah bersama Anwar di beri ruang yang luas untuk melaksanakan agenda agensi secara swasta dan yang lebih menarik, kegagalan perlaksanaan sesuatu program ditutup secara terhormat dan kadang-kadang dalam tempoh masa `berperang’ menjelang PRU13  ini mereka telah menjadikan jentera parti yang setia dijadikan sebagai musuh mereka.
PM Najib kena intai sejarah kejatuhan pemimpin dunia dan salah satu sebabnya adalah kerana terlalu percaya kepada orang sekeliling yang akhirnya mengambil kesempatan merancang kejatuhan ataupun kekalahan terutamanya di PRU13 nanti.
Anwar Ibrahim dan segala baru-baruanya cukup mudah mengakses segala maklumat baik yang bersifat Rahsia ataupun Embargo kerana tali barut-tali barutnya yang mengelilingi PM Najib mampu memperolehi maklumat tersebut dan sebab itulah segala maklumat mudah bocor ataupun sampai ke tangan pembangkang.
Pembangkang pula cukup bijak memanipulasikan segala maklumat itu termasuklah memalsukan tandatangan dan juga Kepala Surat (letter head) kerajaan bagi menipu untuk menyakinkan rakyat dan ini cukup banyak untuk dijadikan contoh termasuklah paling terbaru isu kelulusan projek MRT yang sedang digembar gemburkan kononnya PM Najib campurtangan dan menyalahgunakan kuasa dalam kelulusan tender projek itu.
Minit Mesyuarat tersebut tidak akan terlepas ke tangan pembangkang kalau tidak ada biawak hidup yang PM Najib pikul di kementerian berkaitan.
Kita tidak mahu akhirnya nanti PM Najib ditinggal sendirian untuk mengemudikan parti dan kerajaan bilamana semua yang Najib anggap sebagai pahlawannya,panglimanya ataupun hulubalangnya akhir memlih Anwar sebagai Ketua mereka.Ingat satu pesan,yang dekat belum tentu kawan,yang jauh belum tentu lawan.
sumber: tok sanggah blog

Comments

Popular Posts