AGENDA KOMEN KETUA PENGARANG NSTP/BH ?? KENAPA?

PEWARIS ANAK BANGSA
 Pu3 tertanya-tanya kenapa seorang yang dikenali sebagai pihak berkecuali boleh menzahirkan kenyataan menjurus kepada keperibadian?

benarkah ada agendanya. baca ini lagi :

Apakah Agenda Tersirat Ketua Pengarang NSTP/BH Dalam Isu Mantan KP Perkhidmatan Awam?

Agak terkilan CTS membaca laporan akhbar Berita Harian/New Straits Times dalam edisi Berita Minggu semalam. Tajuk besar "Saya Sedih Khidmat Ditamat Lebih Awal" adalah mengenai cetusan rasa Bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, TS Abu Bakar Abdullah yang telah mengesahkan bahawa beliau tidak bersara tetapi perkhidmatannya dalam Kerajaan telah ditamatkan.
Buat pengetahuan para pembaca, sebenarnya TS Abu Bakar telah diberi tugasan khusus untuk skim gaji Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), sebaliknya beliau telah menggunakan peluang tersebut untuk mengkayakan diri dan rakan-rakan "kelas atasan" di dalam Perkhidmatan Awam. Beliau tidak mahu mengambil tanggungjawab aabila projek dan tugasan yang diberikan kepadanya telah gagal. TS Abu Bakar tidak mempunyai hak untuk merungut apabila kegagalan dirinya menjadi Ketua Setiausaha Negara (KSN) disebabkan jawatan KSN adalah hak, "prerogative" dan kuasa Perdana Menteri.

CTS juga mempertikaikan apakah agenda tersurat dan tersirat Ketua Pengarang Kumpulan NSTP/BH, Dato Jalil Hamid yang menyiarkan berita berkenaan dengan nada simpati dan membangkitkan kemarahan kakitangan Kerajaan. Isunya sekarang kenapa Dato Jalil Hamid memberi ruang untuk TS Abu Bakar menimbulkan keresahan di kalangan pegawai Kerajaan untuk membenci Kerajaan? Dato Jalil Haimd sepatutnya diberikan surat tunjuk sebab kerana membantu TS Abu Bakar untuk memalukan Perdana Menteri dan kononnya beliau diberikan layanan yang buruk.

CTS menjangkakan PAS akan mengambil kesempatan mengenai isu ini. Tidak mustahil PAS akan menangguk di air yang keruh dengan "memancing" TS Abu Bakar menyertai PAS sepertimana PAS memancing mantan kakitangan-kakitangan awam yang lain yang kecewa dan gagal mendapat habuan yang mereka kehendaki di dalam Kerajaan. Contoh terbaru, di dalam Himpunan Hijau Peringkat Negeri Pahang, PAS telah mengesahkan secara rasmi kemasukan Dato Rameli Buyong, bekas Naib Presiden Felcra ke dlm PAS. Anak kelahiran Temerloh, berkhidmat lebih 30 tahun dlm Felcra dan sepatutnya menjadi Ketua Pengarah Felcra kononnya jika tidak 'dipancung' oleh menteri tertentu.


sumber : cucu tok selampit

Comments

  1. Yang gilakan pangkat ,..elok berenti awal ,.tah yah pencen..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts