PEMBOHONGAN BLOGGER PEMBANGKANG


Pu3 tau penulis ni blog wargamarhean akan sentiasa menulis sesuatu tak kira ia info auta selagi ia memburukkan kerajaan BN. Pu3 malas nak layan biasanya setiap posting dilakukannya. Tetpi pagi ni, selepas pu3 baca tulisan rakan blogger pu3 sangkakalajari blog. Pu3 nak ulas juga cerita yang ditulis. Sebelum tu baca ini

Dalam artikel tersebut si penulis mengatakan bahawa pihak Polis DiRaja Malaysia negeri Johor merasa kecewa apabila seorang anggota polis memaklumkan bahawa butang baju, kasut, Uniform juga perlu di beli sendiri itu adalah fitnah kata rakan-rakan Sangkakala di sini.

Menurut mereka PDRM membekalkan butang baju secukupnya dan ianya dimasukkan kedalam rekod, ada sebahagian anggota kehilangan butang2 tersebut dan ianya terpaksa diganti dengan yang baru kerana PDRM membekalkan butang mengikut pasang baju yang dibekalkan.

Berkenaan dengan kasut pula, ada sesetengah anggota, memang sengaja untuk membeli kasut sendiri yang lebih versatile kononnya untuk keselesaan, sedangkan kasut yang dibekalkan oleh PDRM juga selesa dan ianya diberikan secara percuma, jadi tak perlu la timbulkan isu kasut tersebut, sendiri minta sendiri tanggung la.

Berkenaan dengan baju pula, baju yang dibekalkan adalah dari kain pilihan dan ianya adalah kain terbaik dari jenis kain kalis api, ada juga sesetengah anggota polis yang menghantar baju mereka untuk di tempah mengikut keselesaan si pemakai/anggota.

Tentang wang elaun perjalanan semasa rondaan pula, ianya dibayar mengikut pangkat anggota dan menurut rakan Sangkakala lagi, belum pernah terjadi PDRM tidak membayar elaun tersebut dan bayaran akan dibuat selewat-lewatnya 5 hari bekerja.

Jadi apa yang sebenarnya cuba ditulis oleh penulis tersebut? Adakah dia hanya cuba memutar belitkan cerita dengan cara memburuk-burukkan pasukan polis.

Seperti yang kita ketahui, pembangkang memang bermusuh dengan polis yang menjalankan tugas menghalang mereka dalam himpunan bersih dahulu, dan perkara ini masih terbawa-bawa hingga ke hari ini.
Segala dakwaan yang di ceritakan oleh pembangkang berkenaan bayaran serta pakaian ini adalah bohong semata-mata, ini disahkan oleh rakan Sangkakala yang juga merupakan anggota polis dan beliau juga berpesan supaya pembangkang jangan main api dengan membabitkan anggota polis kedalam kancah politik.

Sumber: sangkalajari blog

Artikel mana yang dimaksudkan? Pu3 akan kongsikanya di bawah ini
http://wargamarhaen.blogspot.com/2012/07/polis-kecewa-elaun-uniform-kenderaan.html

Pu3 agak, anggota polis yang dimaksudkan seorang sahaja. Itupun sah budak-budak pakatan juga. Saja nak menggempakkan cerita konon macam-macamlah.

Pu3 tak setuju dengan tulisan tersebut. Betulker berlaku? Pu3 lebih bersetuju apa yang sangkalajari blog tuliskan. Kerana pu3 tahu kehidupan anggota polis ni, how? Kerana pu3 adalah anak anggota polis. Pu3 membesar dalam kehidupan naggota polis. Apa yang dikatakan oleh wargamarhen dalam tulisannya jelas membuktikan dia dan si pengadu adalah penipu besar.

10 tahun dah elaun tak berbayar? Pu3 menghubungi abah pu3 untuk daptkan kepastian. Demikian juga rakan-rakan pu3 yang sedang bertugas sebagai anggota polis. Mereka tergelak besar mendengar pertanyaan pu3. Dan jawapan sama seperti sangkalajari katakan datang dari mereka.

Kata rakan pu3, anggota bodoh polis tu rasanya budak demanding. Tak nak pakai baju free. Semua serba nak dibeli. Nak tunjuk diri hebat dan berkualiti penampilan. Elaun tak dibayar kot sebab lain tugas lain yang nak diclaim. Atau claim berlebih2. Sah kena reject. Tidakpun, biasanya yang buat macam ni, ada masalah disiplin dan mental. Atau sebenarnya anggota tersebut tidak wujud pun. Penulis blog pembangkang je buat cerita sensasi basi.

Ada sesiapa pembaca polis johor? Blh tinggalkan komen tentang ni untuk pengesahan?

Comments

Popular Posts