GEMPAR!!!! SERBUAN KILANG ARAK DI KELANTAN? PELANGGANNYA MELAYU????!!!!
PEWARIS ANAK BANGSA
SEBAHAGIAN arak dan tuak masam yang dirampas di Kota Bharu |
Menggunakan
kod rahsia, bekalan arak dikesan boleh dibeli secara mudah di deretan
rumah di Kampung Cina di sini pada harga serendah RM3 sebungkus dan
difahamkan majoriti pelanggan terdiri daripada kalangan orang Islam.
Senario
yang mencemarkan imej negeri ini yang digelar Serambi Mekah terbongkar
selepas lima premis di kawasan tersebut diserbu dalam operasi bersepadu
melibatkan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI),
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK), Kastam dan Polis Diraja
Malaysia petang kelmarin.
Dalam serbuan kira-kira
pukul 4 petang itu, premis terbabit didapati bukan sahaja menjual arak
jenis bir di dalam botol dan tin tetapi turut memproses tuak masam iaitu air nira yang diperam.
Setiausaha MPKB-BRI,
Mohd. Anis Hussin memberitahu, pada hujung tahun lepas, pihaknya telah
membuat serbuan terhadap lima premis tersebut dan mengenakan denda
kerana beroperasi tanpa lesen.
Sumber:malaysia-instinct.blog
Comments
Post a Comment