JANGAN TAMAK

Dah alam pu3 tak bawa cerita kedai kopi. Jom kita bermuhasabah diri pagi ini :

Pagi ni pu3 baca komen rakan fb. Biasalah saat malas nak menulis cerita dan pandangan berkaitan isu semasa. 1 komen menyentuh minat pu3

" PM kena lebih prihatin. Kalau boleh saya mahu PM datang ke rumah saya. Ada yang saya mahu minta bantuan"

Hmmmm.. Bukan pu3 tak kenal rakan fb tu. Maaflah pu3 nak kata, apa lagi bantuan dia nak sangat? Bantuan rumah dapat, komputer 1 malaysia dapat dah. BR1M antara yang paling laju isi dan dah dapat. Anak-anak, dah dapat bantuan pendidikan. Suami isteri bekerja, walau suami bekerja sendiri. Kalau tak mampu, takkan boleh memiliki 3 buah kereta walau 2nd hand. Si isteri kerja sebagai kakitangan kerajaan... Dah dapat bantuan, nak lagi menagih bantuan!

Apabila jumpa kepimpinan tak ada ayat lain, asyik nak minta perkara PERCUMA memanjang! Tak ada dah ayat lain. Sekali jumpa pu3 boleh lak kata pu3 menyombong sedangkan pu3 jumpa siap lepak ngan mereka. Why? Sebab dia minta pu3 menaja @ belanja @ sponsor beli barang yang diidam. Amboi.m ingat pu3 ni badan kebajikan pribadikah? Dah tu memandai-mandai komen banyak songeh kat wall dan inbox rakan pu3 lak siap mengutuk macam-macam

Pleaseler bro, janganlah tamak sangat.

Kekdang pu3 berfikir , dah sangat kita dimanjakan, membuatkan kita nak sangat perolehi sesuatu dengan mendesak bantuan. Memang pemimpin mempunyai tanggungjawab kepada rakyat. Tetapi kita pula jangan nak ambil kesempatan asyik nak bermalas. Berusahalah andai nak memperolehi sesuatu. Masih ada individu yang lebih susah dari kita untuk dibantu

Ps: renungkan diri sendiri. Tanya pada mereka yang senang. Adakah mereka hanya duduk mencanang atau buat kerja untuk perolehi apa yang mereka nikmati.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular Posts