'RAHSIA' YANG BOLOS????
Memang jadi persoalan dan kemusykilan pu3 sejak setahun 2 ini. Bermula kes jenayah kanak-kanak yang ditemui dalam beg. saat dalam proses mencari bahan, kes ini dan maklumat sepatutnya masih menjadi rahsia selagi pihak yang berkaitan mengumumkan keputusan. Tetapi tak sampai sejam dua, gambar, maklumat sudah tersebar meluas di internet medium media sosial. Siapa yang terlibat? Sudah pastilah manusia. Siapa? Jika dah gambar rahsia boleh dihebahkan, mesti orang dalam. Siapa? Semua menjadi persoalan. Tanda tanya. MANUSIA ITU SIAPA?
Takkan kemera bergerak sendiri? Takkan keyboard atau keypad menaip sendiri. Takkan dinding berlubang sendiri. Takkan microfon berbunyi sendiri. Takkan printer, print sendiri kalau tiada penggeraknya. Siapa? Jawapannya adalah MANUSIA
Adakah semua manusia boleh melalui pintu berkunci? Pencuri? Mereka perlu ada bahan untuk membuka kunci? Yeker ada berlaku pencerobohan? Kalau ada, sudah pasti dah tersebar maklumat kes jenayah pencerobohan.
Sama juga cerita tuliasan blog tok janggut berkaitan pembocoran maklumat. Sila baca di sini
http://sanggahtokjanggut.blogspot.com/2012/07/siapa-konduktor-yang-mengokestrakan-isu.html?m=1
Bukan pu3 nak membodek, apa lagi nak mengampu. 2 prinsip tersebut tidak ada dalam diari perjuangan pu3. Ianya adalah kebenaran. Bagaiman cerita dalam peti besi yang terkunci boleh terlepas pada pihak lain?
Pu3 tak nak komen sama ada pendedahan itu memusnahkan apa yang diusaha secara rahsia. Ianya di luar pengetahuan sahih buat diri pu3.
Kerisauan pu3, kencenderungan bolos maklumat dalaman atau 'rahsia' ini berdasarkan misi apa? KEBENARAN atau KEWANGAN? Hanya dua perkataan ini sahaja yang pu3 fikirkan. Andai KEBENARAN, terima kasih kerana mendedahkan. Andai kerana KEWANGAN, ia sangat membimbangkan! Individu tersebut menunjukkan simpton-simptom manusia yang boleh menjual negara!
Seperti yang dicadangkan oleh penulis, dalam atrikel pu3 sertakan link di atas. Sudah tiba masanya melakukan penyemakan semula yang memegang KUNCI KERAHSIAAN ini. Masa untuk menyahkan MOLE dalam kumpulan pemegang PASSWORD. Cuma jangan salah memilih, kerana MOLE ini sangat cerdik, selalu mata kasar tak sedar ia berada paling dekat.
Ps: biar mata hati melihat. Usah dikaburi sepasang mata yang memikat. Mungkin ia pandangan mengelirukan. ( Ulasan gambar di atas)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Comments
Post a Comment