SEPATAH DUA DESAKAN PAS UNTUK ANWAR DARI PAS!!!!
KENYATAAN MEDIA MURSYIDUL AM PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengulangi pendirian yang berterusan dan
tetap dengan prinsip, sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram
Israel sebagaimana yang juga ditegaskan menerusi pendirian di kalangan
gerakan Islam antarabangsa, serta menyokong sepenuhnya perjuangan
rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri.
Negara haram Israel diwujudkan oleh kuasa besar dunia secara zalim tanpa sifat perikemanusiaan dan sepatutnya ditentang oleh semua peradaban manusia. Wajib ke atas umat Islam bukan sahaja di bumi Palestin malah seluruh dunia, berusaha sedaya upaya untuk membebaskan Palestin sepenuhnya.
Adalah haram menerima kewujudan negara yang haram. Maka PAS menolak
penyelesaian dua negara, satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis. Keselamatan negara haram Israel juga bukanlah menjadi tanggungjawab yang dipikul oleh orang Arab atau umat Islam, kerana ditegakkan negara haram itu sendiri di atas dasar kezaliman. Islam sebagai agama yang sangat mementingkan hak asasi, keadilan, keharmonian dan hubungan baik antarabangsa, tentu sekali tidak dapat berkompromi dalam isu kezaliman ini.
Saya, selaku Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS, menggesa Dato' Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal. Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau.
Dato Bentara Setia Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat Mursyidul Am Parti Islam SeMalaysia (PAS) 13 Februari 2012/ 20 Rabiul Awwal 1433 H
Sumber drpd : Ashwad.
Sender: syedkadir@pas.org.my kpd media.
Jangan kata pu3 buat cerita dan ini spin dari BN pula. Kalau nak percaya rujuk alamat yang pu3 masukkan sekali. Kali ini anwar nak kata apa. Takat kata FITNAH je setiap kali mengelak nak menjawab, kali ini Anwar perlu bertanggungjawab dengan apa yang berlaku. Tak perlulah dayus sangat asyik nak melarikan diri sahaja dengan tindakan yang sendiri lakukan. Takkan nak kata semasa buat kenyataan tu, diri dalam keadaan tidak sedar diri?
Eh? Tidak sedar diri tu bermaksud apa ya? Dibagi ubat ? @ mabuk? Mabuk sebab apa? Pu3 berhak nak andaikan macam-macam kerana pu3 tahu, anwar bin Ibrahim seorang pelakon yang terhebat di alam maya ni, tiada pelakon terkenal antarabangsa mampu menandinginya. Siapa yang pernah menjadi orang dekatnya pasti mengakui kata-kata pu3 ini.
Sekarang. Jawab jangan tak jawab! Kenyataan media menafikan dan saman wall street journal! @ memang itulah kenyataan sebenarnya!
Comments
Post a Comment