SEKALI LAGI SALAHKAN MEDIA?

Agaknya Brainstorm kumpulan thinktank Anwar sudah tiba tahap buntu mencari jawapan penyelesaian kenyataan sokongan perlindungan keselamatan Israel di Wall Street journal. Akhirnya kenyataan dikeluarkan sebaik sahaja anwar bertemu nik aziz, dia katakan bahawa Wall Street journal tidak tidak silap dan tidak akan melakukan saman ke atasnya. Yang Salah adalah media UMNO yang melaporkan tidak lengkap? Uik? Ada sambunganker kenyataan anwar sehingga terlepas pandang?

Tekaan dan andaian SANDIWARA nik aziz juga terbukti benar kerana selepas berjumpa Anwar perkara ini terus SUCI dan DiMURNIKAN. Dengan erti kata lain. CASE CLOSED! Anwar sendiri menyatakan bahawa nik aziz terima faham penjelasannya tetapi enggan pula bertemu wartawan. Banyak kuat woooo gam yang dipasang oleh Anwar sehingga mulut nik Aziz sekali lagi terkunci.

Kalau betul media UMNO tak lapor berita lengkap, saman lah pula. Kenyataan yang tertulis dalam Wall street journal tidak salah? Ertinya benarlah kan? Kalau berani sila tunjukkan selebihnya mana artikel yang tidak didedahkan oleh media UMNO. ( Rasanya media UMNO ni sahlah media Arus Perdana)

Kenapa tak nak saman WSJ? Anwar sepatutnya saman juga kerana membiarkan artikel tersebut didedahkan sebahagian sahaja. WSJ apa pula komen dengan kenyataan Anwar? Ia masih tidak menjawab persoalan, benarkah memberi perlindungan keselamatan israel adalah kenyataan Anwar? Kenapa Anwar tidak berani membuat pengakuan penafian ataupun mengsahkannya. Ini satu strategi LARI Anwar.

Tak sudah-sudah asyik baling batu tangan sembunyi. Si KECUT Anwar sentiasa CABUT SERIBU menyembunyikan NAJIS di tangannya.

Comments

Popular Posts