Hadi 'Lembing Awang Tidak Pulang ke Dayang'

By: ir jebat modern

Memang setakat ini belum terdengar secara terbuka Hadi Awang mengagung2kan dirinya sebagai calon Perdana Menteri. Beliau mahu dipotretkan sebagai 'orang yg bersifat tawaduk dan berakhlak Islam yg mana jawatan bukan perkara yg direbut tetapi adalah amanah. Dalam hal ini, beliau dilihat terlalu merendah diri sehinggakan gagal 'menjual' kepimpinan Pas di peringkat nasional. Apakah benar begitu atau memang kepimpinan Abdul Hadi lemah? Dari segi kepimpinan dan pentadbiran, Abdul Hadi memang kurang menonjol. Dia lebih berkarisma sebagai seorang ulama. Dulu semasa menjadi Menteri Besar selama satu penggal, beliau dilihat banyak dibayangi oleh orang kanannya, Datuk Mustafa Ali. Begitu juga sepanjang menjadi Presiden Pas ini, kehadiran beliau tidak begitu dirasai, kecuali dalam ceramah. Orang agak gerun untuk berjumpa dengannya. Macam ada jarak, mungkin kerana wajahnya yg serius dan garang.

Dalam kalangan orang Pas, Hadi Awang bukanlah pemimpin yg selalu mereka hormati. Dakwa mereka, insiden dipinggirkan oleh jentera Pas Kelantan semasa pilihan raya kecil Manik Urai adalah salah satu contohnya.
Malah pernah satu ketika semasa zaman pentadbiran Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, Presiden Pas ini yg dikaitkan dengan kerajaan perpaduan dilihat berseberangan dengan kem Nik Aziz. Saban waktu, orang Pas dan sekutunya masih mengutamakan Nik Aziz. Dominasi Nik Aziz begitu ketara dengan 'fatwanya' banyak mencorakkan kepimpinan Pas dan juga pakatan pembangkang. Mungkin sebab itu, sehingga hari ini apabila ada lontaran bahawa Abdul Hadi adalah calon terbaik Perdana Menteri, tidak ramai pemimpin pakatan pembangkang termasuk daripada Pas memberi reaksi positif.

Selalunya hanya reaksi 'yg penting menang pilihan raya dulu' daripada pemimpin Pas. Yg nampak beria2 hanya Datuk Dr. Hasan Ali, bekas Pesuruhjaya Pas Selangor yg kini dipecat atas dakwaan tidak sehaluan lagi dengan perjuangan parti itu. Dan terbaru, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib yg secara tegas berterus-terang mahu melihat presiden partinya itu menjadi Perdana Menteri. Tapi sayang orang seperti Harun yg diletakkan dalam kelompok ulama umpama harimau tidak bergigi. Sudahlah jarang2 mengaum, ngaumannya pula tidak lagi ada getar dan digeruni.

Berbeza sekali dengan rakannya Anwar yg sejak awal mempromosi diri sebagai pemimpin anugerah tuhan. Bahkan, Pas sanggup pula membiarkan diri menanggung segala beban ekoran masalah peribadi Anwar.Di pentas mana pun - dalam negeri dan luar negara - Anwar bercakap dalam bahasa bahawa beliau akan memimpin Malaysia. Beliau pun berjanji itu dan ini termasuk dalam soal dasar luar negara.

Pernahkah kita mendengar pemimpin Pas yg selalu diangkat sebagai 'bermaruah dan amanah' itu menegur Anwar? Tidak, malah Pas sanggup pula mengorbankan pemimpin mereka yg berani menegur Penasihat PKR itu. Mengapakah Pas tidak meletakkan penghormatan yg sama ke atas Abdul Hadi? Aneh, Pas tidak mengenakan kayu ukur yg sama ke atas jawatan Perdana Menteri yg kini seakan sudah milik Anwar bahawa 'jawatan tidak boleh direbut tetapi sebagai satu amanah'.

Umpan Abdul Hadi telah mengena. Sudah tiba masanya untuk para pemimpin Pas meletakkan Abdul Hadi bukan sekadar sebagai seorang Presiden berwibawa tetapi juga calon Perdana Menteri yg bakal mengagungkan Islam. Tetapi sekali lagi, cita2 dan harapan mengunung Harun itu tidak dikongsi oleh pemimpin Pas lain. Itulah yg dirasai. Jika Anwar boleh mencalonkan dirinya sebagai bakal Perdana Menteri, mengapa tidak orang Pas mengangkat pemimpin mereka sendiri? Tetapi mungkin benar, cengkaman kelompok Anwarinas dalam Pas begitu kuat, sehinggakan tidak berdaya untuk mengangkat Presiden mereka sendiri sebagai calon Perdana Menteri. Maka, tetap sia2lah umpan yg dipasang elok oleh Abdul Hadi itu.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular Posts