DUNIA OH MACAM2 SAJA
Sejadah berdiri menghadap kiblat? |
Dah tengok gambar pu3 sertakan di ataskan. Ada yang sudah pasti terujua bagi kali pertama melihatnya. Sama seperti pu3 pertama kali dgr cerita ini 2007 rasanya. SEJADAH berdiri ! Bergegar badan pu3 melihat gambar itu.
percaya dgn kuasa Allah tetapi ini sgt meragukan!! |
Hari pertama ya, pu3 bertasbah, berselawat , berzikir melihat gambar yang pu3 terima dari rakan pu3. Terpesona melihat KUASA pada sejadah tersebut. 2 hari selepas itu keluar lagi cerita sejadah berdiri klu tk silap 15 helai dalam buletin utama. Uik? Banyaknya! Biar betul? Ramai sungguh berdiri melihatnya. Hati pu3 mulai mempertikaikan kesahehan sejadah berdiri ini. Betulkah ia berdiri sendiri atau ada NOTTY saja bentukkan ia supaya menarik perhatian. Dan cerita itu berhenti begitu sahaja.
sejadah biasanya senang digubah kerana strukturnya yg agak keras |
Malam ni, peristiwa sama berlaku. Hmmmm... Pernh dah cuba susun sejadah dan bentukkannya.. Sememangnya ia blh dibentuk. Jiwa pu3 mempertikaikan kesahihan sejadah berdiri ini. Bukan menolak kuasa Allah. Maha Kuasa Allah dari perkara lemah. Ciptaan Allah sangat Hebat. Gerak naluri pu3 lebih percaya bahawa sejadah berdiri itu adalah perbuatan orang NOTTY yang sengaja timbulkan cerita untuk mendapat perhatian.
perhatikan lipatan itu |
Pu3 berharap pu3 salah tentang naluri ini. Kalau boleh, jika ia sememangnya perbuatan manusia. Semoga Allah memberi petunjuk hidayah kepadanya agar bertaubat dan tak berbuat demikian. Pu3 gusar andai perbuatan 'nakal' ni akan menimbulkan pula perbuatan syirik! Masyallah!
2006/2007 pernah heboh 2 cerita sama. sangat meragukan |
Comments
Post a Comment