TUA TAK BERMAKNA MATANG AKAL

Lama dah tak bercerita di kedai kopi ni. Hari ni pu3 nak borak2 sahaja

Al kisah manusia yang tinggal beberapa bulan nak pencen peringkat pertama. Sengaja tak nak ambil pencen maksima. Maklumlah mau menceburkan diri dalam dunia biz sambil-sambil jadikan platformnya sebagai politikus

Memegang jawatan, atas lantikan. Tak bermakna, lantikan itu menaikkan saham diri konon diri betul belaka. Suatu ketika dahulu, bermati-matian memaki orang yang memilih jalan berjuang haluan kiri. Kata inilah manusia lupa diri, tak tau erti bersyukur. Kini apa yang dikatakannya telah dilakukannya sendiri. Dalam memegang jawatan, tapi berkempen menentang. Kalau tak suka, sila letak jawatan. Jangan nak kempen ikut bos, tapi jawatan yang disandang masih mahu dipegang.

Pu3 nak tegur, nama lagi sebagai setiausaha. Dah tak reti nak datang. Sendirilah bertindak tak datang. Tak perlu sembunyikan jemputan ahli yang lain sebagai boikot. Mereka bukan budak kecil nak sembunyilkan info. Zaman sekrang, surat itu hanya pelaksanaan rasmi, tetapi teknologi maklumat, sms boleh sampai kepada penerima.

Bayangkan, hari ini, pu3 datang ke mesyuarat untuk pelaksanaan program besar bay zon. Semua bahagian menghantar wakil. Malangnya 1 bahagian ini, seorang sahaja hadir tetapi hadir kerana maklumat dari rakannya yang menghubunginya tengahari tadi. Surat yang telah diedar oleh urusetia langsung tidak sampai ke tangan sepatutnya. Kerja siapa yang menyekat, tidak lain tidak bukan setiausaha tersebutlah.

Pu3 berbual dengan rakan pu3, kata kawan pu3, setiausaha itu dah tua, tapi perangai tak sesuai dengan jawatannya. Pu3 jawab je, tua tak bermakna matang akal. Ramai perangai macam ni, tapi dialah manusia paling teruk!

Nasihat pu3, kalau dah tak nak menjalankan tugas. Keluar je dari parti, jawatan sekrang, lepaskan. Habis cerita. Ahli di bawah, bukan semua bodoh piang nak ikut bos kata semua. Ada yang lebih bijak menilai. Politik tapuk-tapuk ni, dah habis tempoh. Orang dah boleh daptkan info walau kita sembunyikan. Sendiri je kena ingat. Pesanan, kata tahu hukum agama. Dosa pahala semua pegang. Takkan part amanah boleh terlupa dosa?

Sendiri mau ingatlah pakcik.

Comments

Popular Posts