PBIK PROGRAM ZIARAH MESRA DI HOSPITAL KUALA LUMPUR SEMPENA MAULIDUR RASUL

ketibaan Dato Sharizat Abd Jalil bersama Pengerusi PBIK di perkarangan Hospital Kuala Lumpur dengan memakai pakaian tema biru. (Sumbe: sahabat cyber)
Saban tahun, bayi yang dilahirkan pada musim perayaan akan diraihkan dengan pelbagai keraian. Bayi-bayi ini akan dipanggil Bayi tahun Baru, Bayi merdeka , bayi deepavali, bayi krismas, bayi tahun baru cina, bayi aidil fitri, bayi kaamatan atau gawai. Pernah mendengar bayi yang dilahirkan pada sambutan kelahiran junjungan Rasulullah saw diraihkan?
Tambah kapsyen

Kali ini, sempena sambutan Maulidur Rasul, Pertubuhan Belia Islam Kepong (PBIK) sebuah badan NGO belia telah melakukan suatu kejutan dengan meraihkannya dengan pendekatan yang berbeza. Lazimnya umat Islam berarak menyambutnya, namun kali ini, bersama skuad sayang wanita, PBIK telah menganjurkan lawatan ke wad bersalin Hospital kuala lumpur. Bertemu saudara baru dilahirkan yang merupakan Bayi Maulidur Rasul.

Pengerusi PBIK bersama jawatankuasanya serta Pergerakan Pemuda UMNO Kepong berpendapat, Bayi yang dilahirkan pada hari kebesaran Islam, kelahiran junjungan Nabi Muhammad saw sewajarnya diberi keraian yang sama seperti bayi-bayi lain yang dilahirkan pada musim perayaan yang lain. Malahan satu keistimewaan mereka kerana mereka dilahirkan bersamaan tarikh kelahiran baginda Rasulullah saw.
Tambah kapsyen

Dalam masa yang sama, kunjungan ini mendekatkan lagi kepimpinan bersama masyarakat seiring dengan sambungan Maulidur Rasul pada tahun ini, Persefahaman Asas Perpaduan Ummah sangat mendekati slogan 1 Malaysia. Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan.
Pengerusi PBIK ditemubual oleh wartawan al-Hijrah diiringi jawatankuasanya (sumber sahabat cber)

Program lawatan ke wad bersalin ini disertai ketua pergerakan wanita UMNO Malaysia , Dato Shahrizat Abd Jalil, yang sudi meluangkan masa bermesra dengan kakitangan wad bersalin dan ibu-ibu bersama bayi-bayi mereka. Seramai 9 orang bayi dilahirkan pada hari kebesaran Islam ini. Semoga mereka ini menjadi kepimpinan yang mempunyai akhlak sahsiah seperti mana Junjungan Nabi  kita Rasulullah saw.
Tambah kapsyen

Comments

Popular Posts