POSISI PAS KRITIKAL. NAZAK DAH

Analisis Politik Terkini - Pas Semakin Tenat

Ketidak sefahaman antara PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat akan menjadikan PR lebih caca marba, lebih2 lagi bila pilihanraya makin hampir ini, perebutan kerusi sebagaimana di PRN Sarawak akan berulang kembali. Dengan sokongan jitu masyarakat terhadap BN dan keadaan PR yg makin tunggang langgang dan dipercayai percakaran dalam PR akan menjadi lebih serius kerana parti2 dalam PR itu sudah jelas tidak dapat menerima ideologi antara satu sama lain yang jelas bertentangan semuanya. Malahan dengan ketamakan dalam perebutan kerusi pilihanraya untuk menjadi lebih dominan, maka PR akan menjadi lebih caca marba dan punah ranah dengan lebih cepat lagi.

Selain itu dengan larinya sokongan rakyat terhadap PR di mana masyarakat kampung, lebih2 lagi penyokong PAS yg konservatif tidak dapat menerima keadaan baru PAS yg menjadi pak turut DAP, akan menyebabkan PAS tumbang, lebih2 lagi di Kelantan kerana konsep PAS dan DAP adalah berbeza dan ahli2 konservatif kedua2 parti berkenaan tidak dapat menerima ideologi lawan masing2. Tetapi rasanya PAS akan menjadi magsa yg lebih teruk dari DAP dan PKR kerana percaturan PAS dalam PR ibarat sengaja menempah musibah. Ini kerana sekiranya PAS sebelum ini adalah lebih kuat dari DAP dan PKR, tapi kini PAS menjadi melukut di tepi gantang dalam PR.

PAS dipercayai akan menerima padah sebagaimana yg mereka terima dalam PRN Sarawak yg lalu, dan berkemungkinan besar sejarah PRU 1986 akan berulang kembali apabila PAS kalah teruk dalam PRU berkenaan dan hanya menag satu kerusi, tapi kali ini, mungkin PAS akan tewas semua kerusi Parlimen dan akan gagal mempertahankan Kelantan yg akan berpindah milik kepada BN kerana pengundi PAS yg konservatif melihat perkembangan PAS kini makin teruk, gara2 PAS dilihat hanya menjadi tukang DAP je. Perpecahan dalam pula akan membuatkan PAS lebih parah menanggung derita yg mereka ciptakan sendiri.- jebat modern

Comments

  1. semuga PAS tewas terlalu teruk hingga jadi NGO saja..amin ya Allah..ALLAH YANG AKAN MEMBALAS PAS KERANA TERUS MEMFITNAH ATAS NAMA ALLAH.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts