BR1M. HARI ke-3 PAKATAN DAH MCM2 SERONGKAN!

Baru masuk hari -3 dah berapa cerita terpaksa dijawab. Semua kerja pakatan yang pelbagai fatwa dan cerita sendirinya.
Semalam cerita apabila pihak yang sengaja berniat merosakkan nama kerajaan BN dengan melakukan kegiatan menjual pula borang BR1M antara rm2-rm4 kepada orang ramai. Wal hal, borang ini diedarkan secara percuma!

Hari kedua juga membawa cerita fatwa ahli PAS. Dalam ceramahnya mengatakan bahawa rm500 tu haram kerana tidak diketahui dari mana sumber wang tersebut. Cehhh!!!! Ceramah? Mana fatwa pula orang ni dapat.

Hari ke-3. Isu BR1M ngan e-kasih konon auto dapat! Alahai... Belum tanya dah berani publish! Ni wartawan dedah cerita apa ni? Nah awak! Jawapan menteri:

Menteri Kewangan Kedua, DS Ahmad Husni Hanadzlah menjelaskan, penerima bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) layak terima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Di dalam kenyataan di sini, Ahmad Husni berkata, mereka hanya perlu memohon bantuan RM500 itu dengan mengisi borang yang disediakan.

"Untuk makluman, mereka yang berada di dalam senarai e-Kasih adalah secara automatik layak untuk menerima BR1M," katanya. Ahmad Husni amat kesal dengan kesilapan fakta dan laporan berita mengenai bantuan itu yang disiarkan oleh akhbar Sin Chew Daily hari ini.

P/s: kualiti wartawan sah serrong ke pakatan ni sama melalutnya dengan ahli dan kepimpinan pakatan.

Comments

Popular Posts