PENGAJARAN BUAT SEMUA. PERISTIWA 17hb DIS
Salam 1 Malaysia dan salam sejahtera. Akhir-akhir ini, setiap tindakan melakukan pindaan undang-undang untuk. Kebaikan rakyat telah dijadikan bahan oleh pakatan pembangkang menghentam dan menyerang kerajaan BN terutama UMNO. Sejak saya memegang jawatan biro pengurusan teknologi Maklumat dan multimedia puteri, sebagai pemantau, penulis dan bekerja di sebalik tabir cyber, pelbagai kerenah saya perolehi menampakkan ketidakmatangan yang semakin ditonjolkan oleh sikap ahli pakatan.lagi menyedihkan individu yang merelakan dalam tidak sedar dipergunakan.
Peristiwa 17hb disember 2011 sebagai 1 lagi kejadian yang menjatuhkan reputasi pelajar pengajian Tinggi kerana penglibatan segelintir pelajar dalam himpunan sehingga terjadi kejadian menurunkan bendera YAB Presiden UMNO yang juga perdana menteri Malaysia. Kemudian diikuti tindakan memijak-mijaknya seolah-olah ia hanyalah sehelai kain pengesat kasut.
Kita mengharapkan orang menghormati diri kita tetapi tindakan juga membuatkan penghormatan yang kita ingini tidak akan tercapai. Ilmu menjadi tidak bernilai jika ia diletakkan pada kedudukan teori tanpa praktikalnya dalam kehidupan. Ilmu juga menaikkan martabat kita, selagi ia adalah ilmu positif.
Sikap seperti ini tidak menampakkan mana titik kata "KEINTELEKTUALAN MINDA" yang dikatakan oleh Ketua Angkatan Dewan pemuda PAS atau PERUBAHAN MINDA yang dikatakan adalah KEBEBASAN untuk para akademik. Persoalannya pelajar yang terlibat dalam himpunan 17hb ini benarkah layak dikatakan sebagai para akademik? Sebenarnya tindakan menyertai himpunnan 17hb atas tiket "KEBEBASAN" bukan suara sebenar mereka, melainkan atas dorongan pihak yang mempunyai agenda dan kepentingan mereka. Malangnya pelajar terlibat ini telah membenarkan diri mereka dipergunakan. Ini jelas menunjukkan mereka sebenarnya tidak MATANG. Dan MENTAH. Desakan pengaruh emosi membuta dan penglibatan unsur luar memperlambatkan proses pendewasaan mereka. Mereka seharusnya memikirkan kesan tindakan mereka itu menjatuhkan reputasi mereka sebagai individu bakal memiliki pendidikan tinggi apatah lagi sebahagian besar dari mereka bakal menjadi warga pendidik.
Saya mengharap, 'mereka ' ini sedar atas tindakan mereka. Cubalah belajar dengan apa berlaku di negara luar, tindakan berhimpunan dan bertindak sedemikian tidak menjamin suara mereka didengar. Buktikan kepada saya negara mana yang menjadi stabil dengan tindakan himpunan ala sedemikian. Allah swt menganugerahkan kita AKAL FIKIRAN untuk menguasai EMOSI dan NAFSU. Jangan merendahkan anugerah ini dengan membiarkan nafsu menguasai diri. setiap tindakan kita akan membawa nama diri dan keluarga kita. Baik dan buruk kembali kepada diri kita. CERMIN DIRI ADALAH BAYANGAN MINDA KITA.
Saya kesal kejadian sebegini boleh berlaku dikalangan golongan belia yang berpeluang melanjutkan pengajian ke IPT tetapi tidak membentuk mereka ke arah kecemerlangan minda.
Salam perjuangan dari saya
DG. MAIMUNAH SIDEK
EXCO puteri UMNO Malaysia
Biro Pengurusan Teknologi Maklumat dan Multi Media Puteri UMNO Malaysia dan Puteri UMNO Sabah
CT Team Puteri
Comments
Post a Comment