IKON UNTUK APA? LANGKAH SETERUSNYA???.....

Gambar : lisa surihani.
Awal pagi lagi pu3 dah disajikan sarapan pandangan rakan meminta kita sedar dan terus berjaga. Tak apa, sarapan minda jawapannya. Menanti juga respond rakan lain terhadap tulisan pu3 semalam yang kemungkinan akan menjadi sebaliknya jika mereka menilainya sebagai menongkah arus.

UMNO adalah parti politik orang melayu .UMNO adalah teras pada pakatan parti politik pelbagai kaum iaitu PERIKATAN dan kemudian hari ini BARISAN NASIONAL . UMNO adalah parti politk yang terawal di tubuh kan, pengerak penentangan malaya union , penetap fasal fasal perlembagaan persekutuan yang mempertahankan hak orang melayu/bumiputera tanpa mendiskriminasikan hak warga negara yang lain, dan pembina kestabilan politik ekonomi sosial dan keamanan negara .

Pada pru 12 (2008) walaupun pun BARISAN NASIONAL tidak memperolehi bilangan kerusi parlimen dua pertiga , UMNO telah memenangi 66% kerusi yang telah di tanding oleh calon UMNO berbanding parti parti lain yang mencalonkan orang melayu sebagai calon mereka .justeru secara prinsipnya UMNO masih menjadi parti melayu yang mendapat kepercayaan orang melayu

walau pun begitu UMNO wajar menggembelingkan seluruh kekuatanya bagi menghadapi perubahan masa kepelbagaian kehendak rakyat ,tomahan parti pembangkang yang mengunakan media baru dengan cara berleluasa dan membina ketamadunan bangsa melalui pendekatan proktif dan strategik..- YDP SIMS

Tu baru mukadimah tu. Heheheheh. Pu3 nak ajak kekwn fikirkan pula, akhir2 ni, pu3 TeRPERASAN juga penggunaan selebriti sebagai pencetus tarikan kump muda untuk menyertai sesuatu kempen semakin semarak aplikasinya. UMNO melalui pemuda dan puteri telah mengikhtiraf usaha artis dalam dunia seni mereka. BNYouthMUSIC contohnya, kini melakukan penjelajahan . Kemudian puteri UMNO memberi pengikhtirafan kepada Lisa Surihani, artis popular dan memiliki akademik yang bagus. Sebelum itu, kemasukan artis sebagai ahli UMNO seperti jamal abdillah, dato AC mizal bersama isterinya, Awie dan sebagainya. Baguslah. Ertinya artis mencintai perjuangan UMNO. GOOD

Tetapi...

Untuk tujuan apa pengikhtirafan itu dibuat? Untuk menarik minat peminat artis melihat kepada UMNO? Bagus strategi itu. Step 1 dah lepas. Sememangnya ia langkah yang baik utk tujuan itu. Selepas itu? Langkah seterusnya? Takkan hanya pengikhtirafan tak diikuti step 2 melekatkan mereka ini dalamnya? Kan dalam komunikasi ada kaedah2 tertentu utk memastikan komunikasi itu berjaya. Sama juga dalam perhubungan.

Kenal2 + dekat2 + rapat2 + mesra2 + ikat!

Step 1 dh oklh pu3 rangkumkan 'kenal2' dan 'dekat2' tapi xkan sampai setakat itu sahaja. Bagaimana mendekatkan mereka pula?

Contoh cerita lisa surihani. Sehari selps penganugerahan dari puteri UMNO. Satu cerita telah dikeluarkan berdasarkan kenyataan artis jelita ini, dia masih muda untuk sertai politik. Lebih kurang macm tulah bunyi yang pu3 dgr. (Perbetulkan pu3 jika salah ayat) umur dah 25 tahun. Muda ya tapi tak terlalu muda dikatakan tak cukup umur. Pu3 terima kenyataannya. Mungkin itu jawapan setelah disoal oleh wartawan. Pada pandangan pu3 tak bermakna dapat anugerah dari puteri uMNO sebagai platform depa join politik. Jangan sekali-kali sertai politik kerana merasa keglamouran dan kekuasaan bakal diterima. Sangat bahaya! Takut tak tertahan diri, boleh hanyut kita dibuatnya. Tersasar landasan lain pula jadinya.

Berbalik pada cerita lisa dapat anugerah ni. Pu3 terima bbm, sms dan inboxpun ada bertanya utk tujuan apa artis ini dipilih? Pu3 tak dapat nak bg jawapan tepat? Soalan kemudiannya pula kenapa Lisa? Pu3 tak akan jawab kerana pu3 tak layak menjawab bagi pihak berkenaan. :) tetapi pandangan pu3 ia adalah pengikhtirafan kesenian artis. Kalau nak bg semua, tk mampu nak beri. So tahun ni, beri laluan pada lisa, next year insyallah akan ada lagi pemilihan siapa artis berkenaan. (Jangan marah, jawapan pu3 tk memenuhi kehendak soalan. Jwpan selamat )

1 soalan berkait apabila ada rakan pu3 bertanya. 25tahun ni memang muda tapi dah layak daftar menjadi pengundi. Lisa dah mendaftar tak? Ding dong!!!! Pu3 tak pasti dia dah daftar ker tak lagi. Atau sememangnya dah berdaftar. Kalau dah berdaftar, why not lisa pula kempen rakan2nya yang lain untuk melakukan perkara sama. Daftar undi ni tak bermakna sertai politik. Itu hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Ia adalah situasi berbeza. Sebelum ini dato AC mizal , Maya karin telah dijadikan IKON SPR untuk kempen daftar undi. Agaknya bagiler nafas baru pula ikon popular juga untuk generasi lebih muda? Hehehehehehhe... Betul tak? Percayalah sebenarnya dah lama guna kaedah penggunaan ini tetapi tak clear sangat. So why not used it! Fikir2kanlah yer, pu3 just hint ni...

Comments

  1. BN pilihan org muda.. so gunalah org muda utk dekatkan BN dgn org muda.. Idea gunakan kredibiliti artis utk daftar mengundi di kalangan artis, satu benda yg baru dan satu idea segar (bagi pendapat saya la).. asyik2 kempen daftar spr untuk org awam & ahli umno jer.. Bagi saya, satu permulaan yg cantik bg sebuah pergerakan wanita muda yg cantik :).. Saya suka walaupun saya heran, dlm ramai2 golongan wanita muda di malaysia, Lisa Surihani menjadi pilihan utk menerima anugerah drpd Pergerakan Puteri UMNO.. agak klise dan sedikit mirip kepada sebuah pergerakan kosmetik.. tp tak kisah la, dah si lisa tu cantik & berpendidikan.. apa salahnya..

    ReplyDelete
  2. Islam, Melayu dan UMNO perlu bermuhasabah apabila memilih ikon terutamanya ikon yg membentuk kepimpinan akar umbi. Jangan ulangi kesilapan. "Once Beaten, Twice Shy!". Ikon perlu mempunyai RUH yang berINTEGRITI tinggi menjangkaui POPULARITI.

    Rasulullah saw dikatakan berdakwah atas kekuatan akhlaq yang tinggi menjangkaui dakwah lisan.

    FERIZ OMAR (1971-20??)
    www.ferizomar.blogspot.com
    FB Feriz Omar | Feriz Omar II

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts