PERANG BESAR KARPAL Vs TIMBALAN SU DAP
Pertelingkahan antara Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dengan Timbalan Setiausaha Agung parti itu Prof P. Ramasamy semakin tegang apabila Karpal hari ini menyeru Ramasamy mengundurkan diri daripada menjadi Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang. Karpal berkata, Ramasamy sepatutnya meletakkan jawatan secara rela hati disebabkan gagal mematuhi arahan Jawatankuasa CEC DAP supaya tidak membuat kenyataan terbuka mengenai parti itu dan menyerang para pemimpinnya. Karpal merujuk kepada laporan akhbar semalam yg memetik Ramasamy sebagai berkata, pengkritik beliau (Ramasamy) sedang berpakat menentangnya kerana dia tidak memenuhi permintaan mereka untuk dapatkan projek dan juga tidak melayan mereka.
Karpal berkata, dengan membuat kenyataan demikian Ramasamy jelas memberi gambaran kepada orang ramai bahawa dia mengaitkannya (Karpal) bersama Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Delima, RSN Rayer dan ADUN Bagan Dalam, A Tanasekharan. Pengerusi DAP itu berkata, Ramasamy gagal dalam tugasnya sebagai timbalan ketua menteri dan juga telah melakukan kesalahan kerana tidak membuat aduan kepada pihak berkuasa berkaitan.
Smentara itu, setiausaha Agung DAP Perak, Nga Kor Ming perlu tampil memberi penjelasan secara terperinci berhubung isu pemberian kontrak pakaian rasmi ahli Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) kepada syarikat milik isterinya pada 2008. Naib Pengerusi DAP negeri itu, M. Kulasegaran berkata, sekiranya tidak ditangani segera, isu itu bakal mendatangkan pelbagai kesan negatif sehingga menjejaskan imej parti tersebut. Sudah ada laporan polis yg dibuat mengenainya dan Kor Ming sendiri juga akan memfailkan saman ke atas tuduhan tersebut, namun saya merasakan adalah lebih baik jika beliau sendiri menjelaskan segala senario yg berlaku.
Beliau mengulas mengenai tindakan seorang blogger Sekupangduas atau nama sebenarnya, Ahmad Sofian Yahya, 47, yang membuat laporan kepada SPRM berhubung isu tersebut pada 21 Disember lalu. Pada 16 Disember lalu Ahmad Sofian memuat naik beberapa salinan dokumen yg menunjukkan berlaku salah guna kuasa dalam pemberian tender menjahit kot ahli majlis MBI selepas pakatan pembangkang mengambil alih kerajaan. Dokumen itu mendedahkan Ethan and Elton, syarikat yg mana isteri Kor Ming, Wong Seow Ching sebagai salah seorang pengarahnya, memenangi kontrak tersebut walaupun menawarkan harga lebih tinggi berbanding pembida lain. Syarikat tersebut yang didaftarkan selepas Kor Ming menjadi exco kerajaan negeri ketika itu, mendapat kontrak membekal dan menjahit kot tersebut meskipun mengenakan caj RM650 setiap sut berbanding yang terendah oleh Goodman Tailor iaitu RM450. Blog tersebut juga mendakwa, kontrak untuk 24 kot rasmi yg pada asalnya ditawarkan kepada Goodman Tailor pada 3 April 2008 kemudiannya diberikan kepada Ethan and Elton selepas disyorkan oleh kerajaan negeri pada ketika itu. Berikutan itu, dua lagi laporan dibuat kepada SPRM oleh dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kelmarin yang mendakwa Ahli Parlimen Taiping tersebut secara nyata terlibat dalam urusan pemberian kontrak berkenaan pada 2008.
Mahkamah Tinggi Seremban pula semalam, mengekalkan hukuman penjara 10 tahun ke atas bekas ADUN daripada DAP, M. Kuppusamy atas tuduhan pecah amanah melibatkan wang berjumlah hampir RM70,000, enam tahun lalu. Hakim Datuk Zulkifli Bakar memutuskan demikian selepas menolak rayuan Kuppusamy, 61, yang juga seorang peguam untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yg dijatuhkan ke atasnya oleh Mahkamah Sesyen. Kuppusamy disabitkan bersalah atas tuduhan melakukan pecah amanah terhadap wang tuntutan insurans kemalangan daripada Syarikat Tahan Insurance Malaysia Bhd. sebanyak RM66,647.44 atas nama Zainal Abdul Majid, 65, yang telah diamanahkan kepadanya. Dia melakukan kesalahan itu di CIMB Bank, Wisma Dewan Perniagaan Melayu Negeri Sembilan di sini antara 29 Oktober dan 6 Disember 2005. Tertuduh yg pernah dipilih sebagai ADUN Rasah dari 1978 hingga 1982 dan juga ADUN Jimah selama satu penggal pada 1986 didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan atau kedua2nya.- Jebat Modern
P/s: pu3 tak akan komen menambah apa yg telah dihujahkan. Rakan-rakanlah membaca dan merenungkannya sewaras mungkin.
Comments
Post a Comment