MUNAFIKNYA KEPIMPINAN MELAYU ISLAM PAS dan PKR

Pandang gambar di atas? Pu3 sengaja letakkan gambar ini sebagai renungan kenapa boleh berlaku pose kurang ajar biadap ke atas kalimah Allah walaupun ia menjadi hiasan di dinding. Ini kerana kepimpinan PAS dan PKR Islam sendiri memperendahkan taraf Islam di mata musuh Islam.

Pernah Pu3 mengatakan bahawa PAS adalah munafik sehingga wall pu3 panas dengan terjahan kemarahan orang2 menyokong tegas pakatan meminta pu3 tunjukkan bukti kenapa pu3 mengatakan sedemikian. Kali ni, kepimpinan PAS sendiri memperakui bahawa pemimpin-pemimpin PAS adalah munafik Islam. Fuhhhh... Apa dah jadi? Bukankah ini jelas apa yang pu3 katakan sebelum ini mengena pada titik sebenar?!

Kenapa kepimpinan PAS yang kononnya memperjuangkan kesucian Islam , membenarkan tindakan Anwar dan Nik aziz merendahkan Islam hanya kerana menjaga hubungan baik dengan DAP " langkah Mayat aku jika mahukan Malaysia menjadi negara Islam". sebagai orang Islam kita sepatutnya merasa malu apabila Anwar mahupun Nik Ajis sanggup mempertahankan sahabat-sahabatnya daripada DAP biarpun tindakan mereka menindas masyarakat Melayu dan Islam. Begitu juga bila Nik Ajis pula merasa malu untuk mengaku Melayu.. Apalah punya Melayu.. sampai nak malu nak mengaku Melayu.. agaknyalah apalah perasaan Mak Bapak mereka ini jika masih hidup lagi?.. Mungkinkah mereka sanggup mendengar apa yang anak mereka kata atau mungkinkah mereka tidak sanggup untuk mengaku itu anak mereka?.. Memalukan bangsa dan agama saja.. Bertaubatlah!.. Dengarlah nasihat dari Dato Hasan Ali "Macam mana nak memperjuangkan Islam kalau bangsa Melayu itu sendiri tidak kuat?.. Bukankah di negara ini Melayu itu Islam?.. Bukan semua Islam itu PAS. Apa pun PAS sepatutnya malu.."

Ketaksuban melampau? Kalau yapun, tk perlulah membina dalil yang boleh menyongsangkan akidah ! Adaker berbohong Nik Ajis yang dikatakan setaraf dengan Nabi oleh pengikut setianya dan PAS, sehingga Presiden Amerika dan Presiden Turki pun kena kelentong dengan dia. Dengan kita dia cakap lain, depan orang lain dia cakap lain. Contoh paling mudah, 16 September...Sehinggakan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menetapkan sasaran baru membentuk Kerajaan Persekutuan sebelum Aidiladha 2008 adalah tindakan yang betul. "Perancangan membentuk Kerajaan Persekutuan oleh Anwar bertepatan dengan konsep yang dilakukan Rasulullah apabila berjuang demi menyelamatkan rakyat daripada terus alpa dengan dunia politik serta pentadbiran yang tidak berasaskan agama," katanya selepas menghadiri Majlis Lembaran Wanita Kelantan di Dataran Kemerdekaan di sini. Hehehe.. Nik Ajis pun kena tipu dik anwar.. (Eloklah tu. Penipu ditipu oleh raja penipu) Nik Ajis dan penganut PAS sudah lupa bagaimana semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim pernah berkata dalam satu majlis ceramah Umno di Terengganu dalam tahun 1986 bahawa :" Pemimpin-pemimpin PAS jangan lagi bermimpi pada siang hari untuk memerintah negara ini jika mereka tidak mempunyai kemampuan. Kalau anda tidak mempunyai rancangan untuk pembangunan rakyat, tiada mempunyai kemampuan, pengalaman dan tiada ketokohan, usahlah berangan-angan kosong" ( kena batang hidung tapi masih lak ikut punggung sbb nk bertahan dalam pakatan?)

Anwar yang munafik lagi Maha Penipu ( sesuailah jd King Of Drama) telah berkali-kali membuat penipuan sebelumnya, diracun arsenik, suntikan HIV dan pelbagai penipuan lain. terkenal sebagai seorang yang gemar berjanji manis dan ber retorik tanpa membuahkan sebarang hasil., sampai hari ini tidak ada apa.. hakikatnya segelintir rakyat negara ini yang kena kelentong bulat-bulat terutama penyokong PAS yang siang malam dok asyik menyalak di kedai kopi mereka dok canang nak perintah Malaysia tapi dapat bau kentut Anwar je.. kesian .. kena tipu bulat-bulat. Pada pu3 adalah sesuatu yang malang bagi penganut PAS dan PKR apabila mereka sentiasa ditanamkan dengan Politik Kebencian,dendam Kesumat,hasad dan hala tuju politik yang bersimpang siur dengan niat yang berselingkuh dalam keserakahan mengejar matlamat lalu menghalalkan cara oleh pemimpin PAS yang ketandusan Idea. Islam bukan mainan, Islam bukan ciptaan manusia ataupun mereka yang bergelar ulama' yang begitu keji memperdagangkan Islam semata mengikut keserakahan hawa nafsu yang inginkan kuasa dan keduniaan.


1 Malaysia adalah satu konsep yang telah dianjurkan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib yang bertujuan mewujudkan perpaduan serta penerusan kepada agenda pembinaan Negara. Pada pandangan pu3, 1 Malaysia mampu menjadi pemangkin kepada teras perpaduan rakyat Malaysia. Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang amat yakin jika 1Malaysia akan berjaya, maka tidak ada ruang bagi Pakatan Rakyat untuk bertapak di Malaysia sebagai sebuah barisan yang mampu menjadi alternatif kepada Barisan Nasional dengan itu antara lain maka disamakannya 1 Malaysia dengan 1 Israel bagi membunuh aspirasi yang dibawa oleh konsep 1Malaysia ini kerana 1Malaysia adalah ancaman kepada Pakatan Rakyat. Sebab itulah King of Drama cuba pula menuduh bahwa 1Malaysia ditiru daripada konsep 1Israel dan telah digubal oleh firma Public Relations – Apco Worldwide Inc.Apabila pendedahan surat surat dari Apco Worldwide bertarikh 19 Ogos 2010 ditandatangani Ketua Eksekutif Apco Rantau Eropah, Timur Tengah dan Asia, Brad Staples bahawa firma itu dilantik kerajaan Malaysia bagi menyediakan khidmat komunikasi bukan menggubal konsep 1Malaysia seperti yang dituduh oleh Anwar Ibrahim. Surat itu itu menyatakan Apco tidak pernah terlibat mencipta gagasan 1Malaysia atau mempunyai kaitan dengan One Israel seperti yang didakwa Anwar sebelum ini dan juga bukti kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk mewujudkan kes prima facie terhadap Anwar dalam prosidingnya sebelum ini. Maka terbongkarlah pembohongan licik dari pemilik jam OMEGA maka meloponglah mulut-mulut PAS yang sudah jadi munafik akibat terikut rentak Anwar sehingga ada yang masuk lalat dan kena berak lalat! Kehkehkehkeh!

Inilah politik Anugerah Ilahi wan azizah , Ketua Pembangkang bagi mereka yang suka sangat membangkang segala usaha yang dilakukan oleh kerajaan dibawah pimpinan UMNO kerana ingin mempertahankan perjuangan politik sanggup menjatuhkan satu gagasan yang boleh membawa kebaikan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Fikirkanlah.. dan renungkanlah kenapa Dato Hasan Ali dan Nasharuddin Md Isa sanggup mencaci parti PAS yang telah menaikan namanya di pentas politik?.. Mengapa mereka saling tuduh menuduh?.. Sehiggakan Dato Hasan Ali melemparkan kata-kata mengkeji partinya sendiri dan menyelar dengan lantang segala kata-kata Mustafa Ali yang dikatakan sebagai munafik.. Begitu juga menyelar tindakan Nik aziz dan Hadi awang yang ingin mengantikan perjuangan negara Islam kepada Negara Berkebajikan.. Kata-kata Hasan Ali dan Nasharuddin Md Isa semua adalah sama dengan menyifatkan kepimpinan PAS sebagai Munafik Islam dan rakyat terutama penyokong tegar PAS dan ada yg berhasrat nak masuk PAS tu sedarlah dan kembalilah kepangkal jalan..Dengar nasihat dari Dato Hasan Ali "Macam mana nak memperjuangkan Islam kalau bangsa Melayu itu sendiri tidak kuat?.. Bukankah di negara ini Melayu itu Islam?.. Bukan semua Islam itu PAS.Apa pun PAS sepatutnya malu.." Bersatulah di bawah 1Malaysia demi kedaulatan maruah Agama,Bangsa dan Negara

Comments

Popular Posts