HAK MAHASISWA? YANG MANA SATU? HANYA AUKU?

Nota : Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata, beliau tetap akan mempertahankan hak mahasiswa walaupun mereka mendesak beliau meletakkan jawatan menerusi memorandum yang dihantar semalam.-

Hak mahasiswa yang mana satu? Bukan kah hak mahasiswa mahasiswi adalah belajar untuk meletakkan diri mereka sebagai individu yang mempunyai kemahiran dan didikan tahap lebih tinggi? Terlupa pula pemimpin seorang ini. Maaf lah yb dtk, bukan pu3 tak hormati YB. Memang hormatpun dan pu3 kesal pu3 salah seorang yang mengundi YB. Dulu semasa bertanding MKT. Kerana terpesona ideologi minda politik baru yang dijanjikan. Tapi yang jelas, perjuangan untuk diri sendiri je

Yb terlupakah hak mahasiswa di IPT @ IPTS adalah belajar dan kelangsungan perjalanan hidup mereka selepas habis pengajian? Jika pemimpin ini menyedari hak mereka, kenapa tidak perjuangkan graduan yg masih terkontang kanting belum mempunyai pekerjaan? @ pelajar yg belum mampu menjelaskan hutang PTPTN?

hak mahasiswa ini hanya AUKU kah? Pu3 tak akan terlibat hal2 desakan letak jawatan atau apa yg berkaitan jawatan. Pu3 hanya persoalkan hak mahasiswa yang mana satu diperjuangkan sebenarnya. AUKU semata. Kalau pu3, lebih baik mahasiswa atau pelajar ini dilarang terus dari terlibat apa2 politik selagi mereka bergelar dan memegang status pelajar. Penglibatan dalam politik membuatkan mereka mengabaikan tanggungjawab mereka ke atas pembelajaran mereka.

Malangnya yang sangat berminat dan berkobar-kobar nak bebas berpolitik ini adalah mahasiswa dan mahasiswi berbangsa Melayu sahaja. Sedangkan bangsa lain, lebih cenderung berjuang meningkatkan kualiti pembelajaran mereka. Apa guna habis belajar, jika hasilnya cukup2 makan? Dah tak dpt bekerja salahkan kerajaan. Kenapa tak menilai kenapa mereka rendah kelayakan? Sendiri mau ingatlah

Pesanan pu3, jika itulah perjuangan hak mahasiswa, elok fahami perjuangan sebenar. Usah pergunakan pelajar hanya memastikan kedudukan akan datang terjamin. Pu3 bersuara bukan tak hormatkan pemimpin tetapi utk kebaikan. Pemimpin yang baik adalah yang boleh memimpin bukan dipimpin. Renungkan...

Comments

  1. punya la bnyak bawa tajuk utk di bincangkan tapi dianggap sepi aje ,,kasihannn ..cubaann

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts