MANA AURA SEGEMPAK PELANCARANNYA?

20hb Nov 2011. Dilancarkan slogan baru dalam dewan merdeka PWTC "BN Pilihan Orang muda" diiringi lagu kegemaran pu3 "GEMURUH" penuh semangat mendengar lagu. Lagu je, liriknya juga membuatkan pu3 bersemangat. Lagu acap kali dikumandangkan semasa pu3 memandu. Gempakkan? Pu3 tertanya2 eh ada pelacaran upanya. Maklumlah, hal perancgan mcm ni, selalu gak pu3 tertinggal kapal. Hahahahahha...

Selepas itu, mulailah setiap status dalam bbm pu3 kekwn pu3 tk kira pemuda dan puteri menggunakan taggedline tersebut. Wow! Hebat. Respond yg kekwn yg bersemangat sekali. Itu dalam BBM. Kat facebook. Sehari dua tu, sah ada juga update status ngan ayat sama. Perggghhhh! Sah pemuda dan puteri jugalah. Bangganya. Pelancaran tu dilakukan oleh YAB perdana menteri merangkap Presiden UMNO!

Selepas tu, pu3 menanti apa respond kekwn bukan UMNO. Tetapi bukan pakatan juga. BEBAS. Mereka pakaiker taggedline tu sebagai status mereka. Opppssss mcm xder je.pu3 cariler kt google . Lazimnya dari sana juga pu3 dapat info feedback terhadap 1 1 isu semasa. Mula2 pu3 baca, kenyataan akhbar. tajuk 'BN pilihan orang muda- ikhtiraf peranan generasi muda- video"

Tetiba mata pu3 terbaca satu blog berkaitan :Amanat Presiden UMNO menetapkan usaha bersungguh untuk memenangi kembali sokongan anak muda terhadap UMNO. Presiden UMNO mahu kedua-dua sayap – Pemuda dan Puteri bekerja keras untuk tujuan ini kerana hampir 38.8% pengundi adalah kalangan mereka dari lingkungan umur 21-40 tahun. Ini merangkumi hampir 12 juta pengundi. Dalam penyampaian amanat tersebut – Pemuda UMNO dan Puteri melancarkan slogan BN pilihan orang Muda. Maaf kerana terpaksa mengkritik sedikit. Mungkin Ketua Pemuda dan Ketua Puteri tidak sedar bahawa perubahan drastik anak muda hari ini adalah sikap dan persepsi mereka. Slogan mungkin tidak penting sangat tetapi BN pilihan orang Muda – hanya menggambarkan betapa terkebelakangnya komunikasi Ketua Pemuda UMNO dan Ketua Puteri UMNO mengenai "karakteristik" pemuda hari ini.

Kita mahu bercakap kepada anak muda – kita harus menjadi muda. Muda tidak hanya berkait kepada umur tetapi kematangan akan menjadikan yang tua itu mampu berkomunikasi dengan baik dengan anak muda – serta dapat merasai kehendak jiwa-jiwa muda hari ini. Kita perlu ubah ciri-ciri Pemuda UMNO serta Puteri UMNO agar mereka senada dengan jiwa anak muda hari ini. Kita lihat peranan anak muda penting – mereka juga penentu undi tetapi kita dalam masa mahu memacu minda mereka untuk melihat dan menerima Pemuda/Puteri UMNO, gagal bertindak senada – seirama dengan mereka. Kita gagal berkomunikasi dengan cara mereka untuk membentuk kefahaman baru – idea baru yang lebih "attractive"  untuk diterima.

Cuba kita bandingan – nama organisasi - Pemuda UMNO Malaysia dengan cara olahan nama oleh pihak lawan – Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat. Kita lihat jelmaan yang bagi www.umno-reform2.com mempunyai roh jiwa muda. Lihat NGO seperti Solidariti Anak Muda Malaysia, Solidariti Mahasiswa, Jaringan Melayu Malaysia – NGO lain yang berkait dengan nama-nama yang lebih "vibrant" dan menampakkan sikap muda. Slogan – slogan juga nampak lebih menyentuh generasi muda. Kita lihat pula cara PAS yang turut dengan slogan – slogan nampak berwatak baru. Lihat pula satu contoh kempen dengan nama DEMI dan slogan berperwatakan seperti  Perjuangan pelaksanaan kata-kata dan nilai progresif dan tidak "poyo" seperti BN pilihan anak muda. Saya kagum juga dengan ciptaan konsep perhimpunan Pemuda seperti Patriot sewaktu mahu menentang BERSIH 2.0. Nama kempen dan slogan – mungkin salah mungkin betul tetapi harus mempunyai karakter kemudaan dan melambangkan jiwa muda. Jika tidak kita akan hanya terperuk dalam kepompong mendefinisikan anak muda dalam zaman lama atau lampau. Mungkin akhirnya kita mahu berkomunikasi tetapi rentak berbeza dan tidak sejajar dengan keadaan semasa – anak muda. Cuba fikirkan – kaji senario yang mana menarik perhatian mereka yang digelar anak muda.- Anuar Mohd Nor aka Umno Reform

Selepas tu pu3 cuba cari jika ada respond atau tulisan berkaitan. Tetapi tiada.

P/s: info ni pu3 perolehi 21hb sehari selepas pelancaran. Selepas itu tiada perkembangan yang pu3 perolehi respond dari mana2. Bygkan kt googlepun cuma 1 je blog menulis. Actually apa yg ditulis oleh saudara anuar sama seperti apa yg pu3 fikirkan. Maaflah, pu3 terlalu cintakan kesucian perjuangan UMNO, tapi ia tak menuntut pu3 jadi tukang angguk je menyokong jika ia nampak janggal.

sampai bila penggunaan slogan ni? Pu3 tak nampak pun ikutannnya @ kesinambungan dari pelancaran tersebut. Nak sebulan dah pelancaran. Apa yang pu3 pandang, rasa dan nilai. Slogan tu panas membara saat dilancarkan kemudian semakin suam mengikut edaran waktu. Dan pu3 kuatir ia hanya tinggal pelancaran sahaja. Tengok kekwn yang sorak menggunakan slogan sebagai status. Dah sorang demi seorang dah tak pakaipun status tu.

Perjuangan kita adalah perjuangan untuk generasi kita dan generasi akan datang. Bukan perjuangan glamour seketika, habis tempoh ia akan menjadi dingin. Jangan mengejar kenaikan nama hanya untuk mendapat tempat. Ia tidak akan ke mana. Pu3 tk berharap apa2 dalam perjuangan ini untuk diri pu3. Tapi pu3 mengharap apa yang pu3 korbankan ini untuk anak, cucu. Cicit pu3 terjamin kesejahteraan. Wlu pu3 mungkin realiti nampak mcm tk tau apa2 , tapi hakikatnya , pu3 suka menilai, menijau utk memutuskannya. Tanpa ada paksaan dan desakan.

Pu3 perlukan komen kekwn dalam hal ini.

Comments

  1. Cik Pu3.. sekadar berkongsi idea.. tagline BN Pilihan Org Muda, kedengaran gah, hebat, namun takut nanti jd retorik semata..
    Apa yang saya nampak, dlm usaha utk BN dipilih org muda, maka BN itu sendiri perlu muda.. Muda dr segi idea & pemikiran, beri peluang kepada yg muda utk berkhidmat.. Bukan kita menolak yang lama, yg sediada, tp perlu ada kesinambungan pewaris.. Idea dan pendekatan BN perlu muda, itu yg saya nampak..

    ReplyDelete
  2. :) terima kasih tinta maya. Meremajakan. Intipatinya, tetapi tidak menolak pengalaman mereka yang telah lama berkhidmat

    ReplyDelete
  3. sebagai sayap UMNO, pemuda dan puteri harus memainkan peranan yang sangat2 penting. bukan setakat hangat2 taik ayam...sehari dua dan x bersemangat... tgk apa dah jadi, mahasiswa2 generasi muda telah menurunkan bendera presiden UMNO dan memijak2 gambar presiden, di mana pemuda mana puteri? kenapa perkara ini berlaku? adakah slogan BN pilihan muda hanya mainan di bibir sahaja? seharusnya pemuda dan puteri menjalankan strategi dan menjalankan tugas yang diamanatkan oleh presiden sejak hari pertama slogan ini dilaungkan...

    ReplyDelete
  4. Saudara yg menegur di mana pemuda dan puteri tatkala bendera presiden diturunkan, saudara harus sedar lokasi di mana insiden ini berlaku. Pwtc. Pejabat. Sat itu pemuda atau puteri bukan hanya tau melepak di pwtc utk mengipas mengampu. Masing2 ada tugasan mereka di dalam kawasan. Nk persalahkan puteri @ pemuda dgn insiden ini, baik persalahkan keselamatan bangunan. Di mana mereka ketika penyerbuan itu berlaku?

    ReplyDelete
  5. Lonjakan Paradigma..

    Semua Pemuda dan Puteri perlu muhasabah diri.. Bertaubat dan ubah dir sendiri..

    Mulakan langkah dengan hati yang ikhlas...

    Mulakan perjuangan dengan nilai Muslim, insan yang sebenar.. bukan sekadar dibibir saja, akan tetapi perwatakan dan kehidupan lebih teruk dari yang digambarkan..

    Teruskan hijrah dari dalam diri sendiri ke alam nyata.. Aura Muslim akan mengatasi segalanya.. orang tak kan mengata lagi.. 'Cakap tak serupa BIKIN..'

    Golongan senior akan nampak, mereka yang cakap tak serupa 'BIKIN'.. bukan pihak LAWAN.. mereka jugak perlukan lonjakan Paradigma yang hakiki.. jangan leka dek informasi yang disalurkan oleh balaci2 yang sentiasa membodek dengan agenda peribadi..

    Tinggalkan semua yang berdosa.. terutamanya 7 DOSA BESAR.. termasuklah ..

    Dating.. janganlah kamu hampiri zina.

    Yam Seng.. Arak itu penyakit.. boleh membawa kepada kekufuran, akan hilanglah title 'Muslim"

    Jolok.. menghulur dan dihulur, membawa kepada 'RASUAH' yang lebih besar...

    BERBAKTILAH DENGAN IKHLAS.. TANPA kepentingan peribadi.. tak dapat habuan tak pe.. carilah rezeqi yang HALAL...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts