Anwar & Episod Memperjuangkan Hak Rakyat

Pu3 nak kongsikan tulisan jebat modern sebagai renungan kita semua :

Dr. Mohd. Khir Toyo, bekas MB Selangor dua penggal sudah pun dijatuhi hukuman 12 bulan penjara. Beliau kini didapati bersalah atas satu kes membabitkan sekeping tanah yg mahu dijadikan tempat tinggalnya selepas persaraan. Tanah yg dibeli dengan hutang bank itu turut dirampas. Dr. Khir ternyata tenang. Beliau tidak gelabah. Beliau tidak membawa parti bersamanya menentang keputusan undang2. Beliau juga tidak membawa orang2 UMNO bersama2 menemaninya. Beliau tidak menghasut para pelajar untuk menyokongnya. Dia yg menjadi MB selama dua penggal, berseorangan. Pendek kata perwatakan Dr. Khir cukup tenang. Mungkin kerana asas kuat agama dan sifat orang kampung yg ada di dalam jiwa dan dirinya, doktor gigi itu tidak meloncat ke sana ke mari.

Untuk rekod, jawatan MB Selangor ini cukup keramat. Sudah tiga orang MBnya menghadapi tuduhan di mahkamah, termasuk Harun Idris dan Muhammad Muhd. Taib. Harun dan Mat Taib kemudiannya membawa diri. Harun sudah meninggal dunia dan Mat Taib jarang2 kelihatan dalam dunia politik. Namun, bukan semua orang bersifat seperti mereka. Mereka tidak memporakperandakan negara angkara bala yg menimpa mereka itu. Mereka reda.

Anwar Bin Ibrahim sebaliknya, yg terlalu menonjolkan imej baik, warak, intelek, pandai, bijak, tidak pula begitu. Dia juga menghadapi perbicaraan mahkamah. Bukan sekali, tapi dua kali. Sisa2 hidupnya kini bergelumang dengan perbicaraan mahkamah. Jika sekali bolehlah dikatakan fitnah, tapi sudah masuk dua kali apakah juga fitnah? Apa hebatnya sangat Anwar sehingga acap kali orang mahu memfitnahnya? Mungkin di mata Amerika Syarikat dia hebat. Keputusan perbicaraan kes liwat membabitkan seorang pemuda Saiful Bukhari Azlan akan diketahui pada 9 Januari 2012 ini. Kempen untuk menyelamatkan Anwar kini rancak dijalankan.

Jika dulu Anwar membawa slogan Reformasi, kini dia membawa slogan Revolusi pula. Pelajar2 universiti akan digembling sekali lagi untuk membuat angkara pada tarikh yg dikenali sebagai 901 itu. Di zaman refomasi dulu. Satu KL kecoh dengan demonstrasi jalanan. Harta2 awam dimusnahkan. KL lumpuh. Kebetulan Naib Presiden Amerika, Al Gore yg berada di KL turut menuang minyak dengan menyokong kumpulan itu. Pelajar2 universiti, rata2nya dari UIA, UM, UKM berhimpun dan membuat kecoh. Ekoran gema laungan Hidup Reformasi semangat menjadi ganas. KL menjadi huru-hara dimata dunia.

Itu kejadian lebih 10 tahun lalu. Kini pelajar2 tersebut sudah menjawat pelbagai jawatan tinggi dalam kerajaan, mahupun swasta. Perasaan mereka kini tidak lagi memberontak seperti dulu. Mereka kini sudah boleh menilai baik dan buruk, hitam dan putih serta siapa sebenarnya Anwar Bin Ibrahim. Kini pelajar2 yg mentah, pasca-10 tahun reformasi, digunakan sekali lagi. Mereka menggunakan NGO pelajar universiti. Anwar sendiri mengadakan perjumpaan dan dialog dengan anak2 muda mahasiswa itu di kediamannya di Bukit Segambut pada 23 Disember lalu. Hadir lebih kurang 100 orang. Antara intipati perjumpaan, Anwar mahukan mahasiswa tegas dan lantang memperjuangkan hak rakyat. Persoalannya hak siapa? Hak rakyat atau hak Anwar sendiri? Timing beliau serta kempen2 901 itu cukup membuktikan dia cuba menarik para pelajar itu untuk membuat kacau bagi menyelamatkan dirinya pada 9 Januari ini.

Satu lagi persoalannya apakah beliau sudah mengetahui kes liwat itu tidak akan menyebelahinya? Majlis perjumpaan itu diadakan selepas Anwar selesai berjumpa dengan sekumpulan kononnya puak reformis dan ahli2 akademik. Siapa ahli2 akademik itu saya tidak boleh sebut. Sebelum majlis bermula Anwar telah membaca puisi bertajuk Takut 66, Takut 98 hasil karya Taufik Ismail. Taufik ialah seorang penyair Indonesia terkenal. Dia salah seorang daripada puluhan budayawan dan seniman Indonesia yg mencetuskan Manifest Kebudayaan pada tahun 1966. Golongan ini menerbitkan antologi puisi diberi nama Angkatan 66. Angkatan inilah yg mencetuskan revolusi menentang rejim Sukarno. Sukarno pada masa itu dikuasai oleh PKI - Parti Komunis Indonesia.

Semangat 1966 di Indonesia dan reformasi 1998 di KL itulah yg mahu dibangkitkan semula oleh Anwar. Anwar mahu samakan Najib dengan Sukarnokah? Mood mahasiswa yg mendengar bacaan puisinya di perjumpaan itu cukup membara dan bersemangat. Anwar memang terkenal sebagai seorang yg pandai membakar semangat kemarahan orang. Difahamkan esok, jam 11 pagi bertempat di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru satu kempen Bebaskan Anwar 901 bertemakan Tolak Fitnah 2, Lawan Konspirasi akan dilancarkan. Tetapi difahamkan juga, ia dibatalkan di saat2 akhir kerana ramai pemimpin bercuti dan tiada sambutan dari Pas dan DAP.

Benarlah Anwar dan konco2nya sedang merancang satu lagi reformasi. Kali ini atas nama revolusi, setelah reformasi dulu gagal. Matlamatnya ialah untuk menyelamatkan tengkuk Anwar sendiri. Itulah Anwar yg kita kenali. Dia umpama anak nakal yg jika ibu bapa marah atas kesalahannya, dia akan memberontak bagi menegakkan kebenarannya yg salah itu. Secara logik tiada siapa yg akan memfitnah Anwar buat kali kedua. Kes liwat pertama dulu tidak dinafikan berlaku oleh mahkamah. Kini negara dan dunia sedang menanti kes liwatnya yg kedua pula dengan seorang pemuda bernama Saiful Bukhari Azlan.

Saiful dalam facebooknya menulis: Saya reda apa jua keputusan. Akan terus doa, istiqamah dan sabar. Anwar sebaliknya gelabah. Anak2 muda digunakan untuk menjadi perisainya – buat kali kedua. Itulah uniknya Anwar Bin Ibrahim berbanding dengan tokoh2 yg lain.

Selamat Tahun Baru 2012. Semoga Malaysia terus maju, makmur dan sejahtera
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular Posts