YANG BERKOKOK DARI DALAM



Pagi ini bangun je, alahai memang otak tidak berhenti dari berikir. Tetapi seeloknya juga kot, ia membuatkan Pu3 berfikir apa yang berlaku sepanjang masa dan mata minda sentiasa berusaha merumuskannya.




Tersentuh peristiwa yang berlaku. pernahkah rakan terikir kenapa ada di antara orang di luar sana kononnya menolak kita, ataupun ada yang bercakap konon itu dan konon ini? Pu3 kaitkan tentang sebuah rumah yang besar yang dipenghunikan oleh sebuah keluarga yang sangat besar. Ada semuanya dari neneknya sehingga anak dan cucu. Mereka tinggal dalam kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang pelbagai. Selama ini, pendenduduk mahupun keluarga tersebut tidak mempunyai masalah langsung dari segi hubungan. Tiba-tiba ada di kalangan penduduk heboh kononnya keluarga tersebut sangat tidak sesuai tinggal di kawasan tersebut. Bergendang, berkompang pelbagai bunyi dikeluarkan, menyedapkan bunyi yang dicanangkan. Secara kebetulan adalah pula ahli keluarga membawa diri keluar dari keluarga tersebut. Si ahli itu mulai berkaraoeke ke sana kemari mencari bakal ahli keluarga barunya. itu satu hal. Mungkin saat itu penduduk akan katakan ahli keluarga yang merajuk itu mempunyai masalah atau memiliki sikap yang tidak serupa dengan keluarga lain, sebab itu dia keluar.
Malangnya, ada pula ahli keluar dalam rumah tersebut dok mencanang kt luar menegur ahli keluarga dalam rumah tetapi melalui penduduk luar keluarga. Rasanya apa pendapat orang luar. Mesti ada terdetik, kenapa ahli kelaurga yang tinggal bersama menyuarakan teguran di luar rumah sedangkan dia tinggal bersama dalam keluarga tersebut. pasti keluarga ini ada masalah yang tidak diketahui, semestinya keluarga ini adalah kalangan orang yang tidak baik. Pelbagai andaian negatif akan timbul dalam pandangan mereka.
Berbalik konon cerita parti kita UMNO. Pu3 menyatakan di sini kerana atas dasar cinta Pu3 kepada parti ini. kenapa kepimpinan dan ahli parti ini ada yang tidak sedar masalah yang dialami sekrang berpunca dari sikap mereka sendiri. Marah canang kan di luar, berselisihan gunakan media menguar-uarkan masalah. Konon mahukan tranperant. Orang yang tidak tahu apa-apa tentang hal ini menjadi tahu, mereka ini bukanlah tunggul kayu yang diletak atas tanah akan terus berada di tempat sana. Mereka ini bukan catitan dairy yang hanya menerima coretan. mereka ini manusia yang mempunyai otak untuk berikir dan mengandaikan suatu perkara berdasarkan suatu perkara.
Teguran Pu3, kalau inginkan kebaikan. Kenapa tidak bertegur dan saling bernasihat dalam parti secara dalaman. Jangan salahkan media. mereka hanya menyampaikan apa yang disampaikan kepada mereka. Itu tugas mereka. Mereka cari makan melalui maklumat yang mereka ketahui untuk diketahui orang lain. Yang hendak disakhkan adalah orang yang memberi maklumat.
Ayam berkokok dalam reban, biawak di luar sudah tahu ada ayam dalam reban. Siapa yang mendedahkan kehadiran ayam tersebut? jawapannya si ayam yang berkokok tulah.
Pu3 menyatakan dalam coretan ini berdasarkan peristiwa-peristiwa yangberlaku sepanjang penglibatan pu3 dalam keluarga UMNO ini. sedihnya apabila yang tua menegur konon atas dasar kekeluargaan tetapi kenapa gunakan media .. kenapa tidak kumpul ahli keluarga yang bermasalah itu dan ditegur secara keluarga. Itu untuk kebaikan atau sebenarnya mencari populariti. Jangan mengharap yang tua harus dihormati tetapi dalam masa sama yang tua tidak menghargai atau menghormati yang muda. Tidak perlulah tunduk sembah, tetapi menyayangi dan menghargai kewujudan mereka, kalau sayangkan anak, adakah ibubapa hebohkan kelemahan anak mereka kepada orang luar.
Renung-renungkan.

Comments

Popular Posts