10 Perkara elak dalam FB



1. Status mengatakan kamu seorang diri di rumah ataui lebih masa di pejabat. Bukan itu sahaja, malah kamu siap beritahu berapa lama kamu berserorangan. Bahaya betul.

2. gambar helaian dokumen sulit seperti penyata akaun. Bukan sahaja kamu bakal dituduh "suka menunjuk" tanpa sedar kamu juga sebenarnya mendedahkan butiran peribadi yang tak sepetutnya diketahui orang lain.

3. Upload gambar "terlampau" walaupun hanya orang tertentu sahaja yang boleh melihantnya. Bayangkan jika mereka sebarkan foto tersebut!

4. Meriungut perihal kerja walhal majikan kamu ada dalam senarai temanmu di FB. Ia pasti akan menjejaskan reputasi kerjayamu.

5. Syok sendiri. Kamu suka "Like" dan komen pada gambar atau status kamu sendiri

6. Beri pandangan peribadi mengenai perkara yang menyentuh sensetiviti teman FB kamu yang berlainan bangsa dan agama

7. Katakan sesuatu yang belum pasti seperti, "saya dapat kereta mewah bulan depan!" malangnya bank tak luluskan pinjamanmu

8. Status marahmu. walau sedang "panas" elak luahkannya di FB. Ada potensi untuk orang yang tak berkenaan pula terasa, Kamu juga akan dilihat sebagai "minah baran"

9. Butiran lengkap seperti nombor telefon dan alamat rumah. Kamu memudahkan penjahat merancang sesuatu yang tidak baik.

10. Jawapan telus. Apa saja yg ditanya, kamu pasti akan jawab, termasuklah angka gaji. Kamu mesti bijak rahsiakan sesetengah perkara di laman web sosial.

Comments

Popular Posts