SEMAKIN KEJAM

Apa sudah jadi ni, Beredarnya masa , semakin ramai yang mengalami masalah mental. Malam ini, Pu3 menonton buletin Utama, terpena dengan laporan, bayi yang baru lahir ditikam 5 kali sehingga mati. Setelah itu,dimasukkan dalam plastik dan disimpan di dalam baldi. Ibu bayi tersebut berbangsa Myanmar berusia 23 tahun di batu 41/2 , kampung Jawa Klang. Sadisnya tindakan ini. Keluarga tersebut tidak mengetahui bahawa ibu bayi itu mengandung. Tinggal bersama adiknya setelah ditinggalkan oleh suaminya.


Keadaan ini perlu diambil perhatian oleh masyarakat sekeliling . perubahan masa tidak bermakna hilangnya keperihatinan masyarakat yang tinggal bersama. Malam ini, Pu3 sengaja lari sebentar untuk menyentuh hal-hal politik, kembali kepada melihat isu masyarakat pula, kerana sudah ramai sahabat Pu3 yang fokus kepada isu politik terutama perkembangan di DUN Tenang.

Kasihanilah Bayi yang tidak berdosa.. jika enggan menerima kehadirannya di dunia ini, serahkanlah bayi ini kepada yang inginkan kehadirannya dalam keluarga lain.

Comments

Popular Posts