SELAMAT KEMBALI SESI PERSEKOLAHAN
Puteri UMNO Sabah Puteri Seri Kandi
Penggal sesi persekolahan 2011 telah bermula hari ini. Sudah pasti ramai anak-anak bersemangat memulakan sesi pembelajaran di sekolah masing-masing pada hari ini. Jelas bahawa anak-anak ini bersemangat bertemu semula rakan-rakan yang sudah lama terpisah sepanjang cuti hujung tahun, ataupun anak-anak yang baru melangkah masuk ke alam persekolahan yang baru berkenalan dengan rakan-rakan baru mereka.
Mereka inilah generasi yang akan mewarisi apa yang sedang kita kecapi dan membentuk persepsi mereka masa hadapan. Jika kita gagal mempertahankan keamanan, keselesaan serta menghalang arus pembangunan ini dari terus ke hadapan, suatu saat, generasi inilah akan mempersalahkan kita kerana kecuaian kita, sehingga kehidupan mereka sangat sukar.
Salam sayang anak-anak , belajarlah rajin-rajin untuk menuntut ilmu setinggi yang mungkin. Biarlah minda anak-anak dipenuhi ilmu yang berguna, amalkan kehidupan yang bermoral serta menjadi insan yang intelek, bijak dalam menilai permata ataupun kaca agar tidak diperbodohkan oleh pengkhianat bangsa Malaysia.
Comments
Post a Comment