CAKAP TAK SERUPA BIKIN


tergelak rasa mahu juga, tapi kasihanpun ada. Hari ini, Pu3 mengambil kesempatan melawatlah group FB yang sebelum ini Pu3 tk masuk walaupun telah dimasukkan oleh salah seorang rakan FB Pu3. Memang group ni panazzzzzzz sepanazzzz panazzzznya. Dahlah group yang bukan terdiri dari pro-BN sahaja tetapi melibatkan Pro PR sekali. Sebelum ini, Pu3 hanya didedahkan kumpulan Pro-BN , yang ada menyokong dan ada masa main balun juga. Tetapi hari ini pengalaman Pu3 sangat mengasyikkan.
Seorang "Dara" biarlah Pu3 menggelarkannya dengan panggilan sopan ini. Pu3 tak mahu mengaibkan nama si "dara" ini sebagai santapan rakan-rakan pula kan. Pu3pun catitkan ini sebagai catitan , sebagai penambah pengalaman Pu3 sebagai orang yang baru. Mengamuk sakan apabila gambar2nya dipostkan di dalam Group itu. Sebagai pejuang Islam tetapi dikaitkan sebagai Lucah.. lebih kurang seperti itulah. Mula2 Pu3 tgok gambar2 itu, Pu3 tak faham sangat. Sebelum terjumpa Post si "Dara" yang mengamuk sakan dalam group tu.
Apa yang Pu3 fikirkan 1st impresi melihat gambar itu. Ini gambar muslimah PAS yg tanggalkan tudungkah apa. Kalau sekodeng, tak patut sebab possing dalam gambar tu memang gaya si Dara yang ready di SNAP.
Sekali baca komen2 si Dara.. alahai, dahlah tak bertudung, komen.. sah mmg mulut mencarut, merepek yang lazim dikaitkan dengan manusia yang EMO sungguh. Siap kata Baru "aku tulis dah keluarkan gambar aku kaitakan hal lucah.... mengacau hak privasi aku... beginikah Najib ajar.." malaslah Pu3 nak ulang apa yang dikatakan si Dara ini. Pu3 senang je, seperti biasa balun je Dara ni, .. tak pula si Dara ni balun balik komen Pu3, tetapi komen2 kawan lain.. semua dia jawab. Agaknya ayat Pu3 tu tk mampu nk dia balas kot.. (Ish.. bangganya diri mcm masuk bakul angkut sendiri... Astagfirullah)
Nasihat Pu3 kat si Dara.. kalau dah rasa suka hati nak tulis apa2.. terimalah risiko yang akan menerima komen suka hati oleh pembaca. Kalau rasa nak gambar privasi.. tak payahlah upload gambar2 yang dirasakan privasi tu. simpan je .. takler jadi bahan nak membalun dan bahan sakatan rakan yang nakal ini. Alahai, kasihannya
Untuk kesekian kalinya, pelik bebenor mamat2 pembangkang ni, lps komen Pu3 keluar, sah depa request nk jd rakan FB.. lawak bebenor.. ingat Pu3 nk terpesongkah nk terima2 request ni. Semoga apa yang Pu3 lalui hari ini, tidak Pu3 lupakan dan jadi pengalaman untuk diri Pu3


Comments

Popular Posts