MAKASI TUN MAHAREZZA II


Pembangkang dok tanya awat UMNO tak mahu menerima hukum Hudud sehingga canangkan UMNO itu KAFIR. Pagi ini, Pu3 lega sangat membaca komen seorang rakan Pu3 yang merungkai persoalan tersebut. Hanya menunggu komen puak PAS pula selepas ini

“Knp UMNO x dpt laksanakan hudud di Malaysia?
1. Kita tahu memang benar kerajaan BN dapat 2/3 daripada kuasa dewan rakyat selama 12 kali penggal PRU... dan kita juga tahu yang... malah lebih daripada itu.. sehingga 95% kerusi dalam dewan rakyat pun pernah...
2. Pun begitu, yang mendapat kemengan begitu adalah Barisan Nasional dan bukannya UMNO.. dan kita juga tahu yang kesemua kerusi BN yang dimenangi itupun bukan semua kerusi BN yang dimenangi itupun bukan semuanya daripada UMNO....
3. Daripada kesemua kerusi yang BN menang.. tidak pernah UMNO menguasai 2/3 daripada kerusi BN, kerana kerusi selainnya dimenangi oleh komponen BN yang lain termasuklah
daripada Sabah dan Sarawak....
4. Dan kita juga tahu bahawa untuk meminda Perlembagaan Negara, kita perlukan 2/3 sokongan dewan... tetpi dalam kes untuk mengubah Perlembagaan Negara untuk menjadikan negara Malaysia daulah Islamiah ataupun negara Islam. Kerusi UMNO xmencukupi untuk melakukannya...
5. Kerana atas dasar, UMNO xpernah menguasai 2/3 daripada kerusi BN, dan ahli komponen BN yang terdiri daripada kaum dan agama lain tidak bersetuju dengan tindakan pindaan untuk menjadikan Malaysia sebuah daulah Islamiah ataupun negara Islam...
6. Dan pada PRU 99 iaitu PRU ke 11, PAS memenangi hampir 20 kerusi dan ketika itu jika PAS jujur untuk menjadikan Malaysia negara Islam, mereka sudah pasti boleh lakukan jika mereka bersepakat dengan UMNO, namun ianya xberlaku...
7. Dan kini, jikapun PAS mahu mencadangkan negara Islam dengan persetujuan daripada UMNO... ianya mungkin boleh dilakukan jika kerusi Islam Melayu PKR menyokong... namun...
PAS dan ahli parlimen PKR tidak pula mahu mencadangkannya dan terus sahaja menyalahkan pihak UMNO.
8. Kita harus ingat dan tahu bahawa, isu pindaan Perlembagaan berkaitan hak Melayu dan agama Islam perlukan persetujuan Majlis Raja-Raja... tetapi .. diwaktukala PAS mempunyai kerusi yang cukup, mereka PAS tidak pula mahu mencadangkannya...
9. Malah dalam konvensyen PR tahun lepas, soal negara Islam telah tidak dibenarkan untuk dibahas di konvensyen tersebut, kerana DAP dan PKR Anwar xbersetuju... tetapi PAS xmelawannya dan tidak pun memperjuangkannya.. malah PAS.. senada dengan DAP dengan kata bahawa “prinsip komponen dalam PR wajar dihormati”
10. Jadi.. minta puak PAS dan semua penyokong sedar akan hal perkara ini, jangan asyik dok hujah debat kosong tanpa ada pembuktian ataupun asas yang kukuh apabila menuduh UMNO dengan pelbagai macam fitnah...

TERBUKTI, PAS SENDIRI PUB SEMEMANGNYA TIDAK MAHU MELAKSANAKAN DASAR NEGARA ISLAM ATAUPUN DAULAH ISLAMIAH!! “


sehingga sekarang jam 11.06 pagi , statement ini tidak diulas, dihentam, dikomen... Pu3 menanti juga ayat apa lagi yang bakal dikeluarkan oleh Pro pembangkang. :)

Comments

Popular Posts