Jika kita hendak membina sebuah hubungan. Apa yang kita inginkan terhadap orang yang kita ingin jalinkan hubungan itu? tidak kiralah hubungan itu sebagai sahabat, kawan semata atau jauh lebih itu. Ataupun mempunyai jaringan rakan yang sudah pasti selain sahabat juga musuh, atau lawan yang sengaja hendak memiliki jaringan hubungan untuk menyelidik rakan yang disasarkan.
Pagi ini, semasa membuka mesej pada rangkaian sosial. Hendak tergelakpun ada apabila membaca mesej dari seorang pengguna laman sosial, belum menjadi rakan sudah menampakkan bahawa dia seorang hamba Allah yang suka menyerang individu lain dengan pertuduhan yang sangat melucukan. MOHD NASRI MUARAT (Jumaat, 14hb Jan 2011. jam 11.00 malam) - " Apa jawatan anti dalam puteri UMNO dan kerajaan... pegi hj ikut menteri ke?" dalam masa yang sama telah membuat permintaan untuk menjadi rakan . Kalau iapun mempunyai misi mencari isu untuk melakukan pertuduhan. Tak boleh bersabarkah? kenapa terdesak sehingga menghantar mesej sedemikian. Orang yang paling bengal, bodoh, lembab sahaja tidak menyedari matlamat hamba Allah ini dengan kemukakan soalan sedemikian. Menunjukkan dia bukanlah seorang manusia yang layak menjadi apapun hubungan sama ada sahabat, rakan mahupun kawan.
Memaki, mencaci, menghina. merepek, mencarut.. dalam membuat komen juga melambangkan individu itu jenis yang bagaimana, tidak perlulah dijelaskan, rakan puteri pasti tahu jelas maksunya.
Editor : Amaran buat diri .. setiap kali membantu rakan Puteri pada laman sosial, tidak akan menerima sebagai permintaan menjadi rakan selagi tidak mengenali rakan yang membuat permintaan. selain penama yang tertera di atas, MUHAMAD MALIKI juga antara senarai nama yang tidak boleh diterima sebagai rakan. biarlah bertemu di dinding / wall rakan peuteri, untuk menerima dia sebagai rakan jauh sekali.
Selamat Berjuang rakan Puteri
Comments
Post a Comment