Pu3 tak faham dengan rentak kawan nan seorang ini. melenting tak tentu pasal. rasanya menegur dalam bahasa kiasan ini adalah terbaik. bererti masih menggunakan bahasa yang berhemah berbanding menghentam. Pu3 harap sangat kawan ini bersabar dan jangan mudah melatah dengan usikan kawam-kawan yang lain. Semakin kita sensertif, semakin suka kawan menyakat.

Kasihan juga Pu3. Tapi Pu3 pun tidak mampu buat apa- kecuali mendoakan semoga kawan ini kuat dan tabah menghadapi usikan demi usikan yang memudahkannya melenting ni. kekadang, Pu3 datang nakal, pun menyakat dia ni, kLau dia ajak berdebat. lazimnya kawan pu3 mesti kata, kenapa asyik nak menang sahaja. Bukan Pu3 tidak mahu beri peluang, tetapi point Pu3. terus kena. Umpama tembakan sedasnterus menepati sasaran.

Pu3 akui, Pu3 bukan sempurna, punya kelemahan dan kekurangan, berusaha untuk memperbaiki kelemahan dan berkongsi pengalaman xengan menggunakan kiasan ataupun mutiara kata berbentuk motivasi buat Pu3 sendiri dan berikannya pada kawan lain. Sekurang-kurangnya, Pu3 berikan sesuatu yang mungkin boleh dimanfaatkan oleh kawan-kawan lain untuk kebaikan bersama.

Comments

Popular Posts