KOMUNIKASI LISAN YANG BERKESAN


Jom hari ini Puteri ingin kongsikan cara komunikasi lisan yang berkesan. Bacalah sehingga habis walaupun mungkin rakan akan merasa bosan.


1. Gunakan Pandangan mata atau eye contact

Bercakap dengan memandang terus ke mata penonton. Tetapi bukan terus menatap mereka sepanajng masa bercakap. Rakan-rakan boleh tentukan anggaran 50% masa bercakap rakan adalah dengan menatap mata mereka. Pastikan bukan seorang atau dua sahaja penonton menjadi perhatian rakan. jika boleh mata rakan harus memandang hampir keseluruhan penonton yang ada. Ia sebenarnya untuk melihat riaksi muka atau bahasa badan penonton. Selain itu, dengan keberanian rakan menatap mereka, menunjukkan bahawa rakan-rakan jujur, yakin, menghormati mereka serta menghargai perasaan mereka. Selain itu, tindakan rakan berani melihat mereka, akan menanamkan keyakinan kepada mereka bahawa rakan-rakan memberikan maklumat yang tepat dan berkelayakan.
2. Gunakan suara percakapan yang baik
Kenapa rakan-rakan suka terhadap penyanyi kesukaan rakan-rakan? Jawapannya kerana sura mereka bukan? Walaupun rakan-rakan bukan seorang penyanyi, dalam memberikan ucapan, rakan-rakan boleh menggunakan nada dan intonasi sebagai penarikan. Yakinlah, penonton akan suka terhadap ucapan rakan-rakan jika rakan-rakan menyampaikan ucapan dengan suara jelas, tetapi bukan menjerit, selesa didengar dan mereka boleh mendengar dengan selesa apa sahaja yang rakan-rakan perkatakan. Pelbagaikan gaya lenggokan nada suara dan kelajuan bercakap. Selain itu, pastikan rakan-rakan berucap dengan kesungguhan, bersemangat dan menunjukkan minat terhadap apa yang disampaikan.
3. Bahasa dan bahasa badan yang sesuai
lenggok badan, gerakan tangan memainkan peranan semasa rakan-rakan berucap. Perlu ada sedikit pergerakan tetapi dalam kuantiti yang minima, jika terlalu banyak bergerak , rakan-rakan akan kelihatan seperti menari ataupun menyampaikan puisi. Kalau tidakpun, kelihatan seumpaman rakan-rakan umpama seorang yang menggigil , bergerak kerana mengurangkan getaran badan. Jangan sekali-kali rakan-rakan juga berdiri kaku, menunjukkan bahawa rakan-rakan tidak yakin.
Selain lenggok bahasa badan digunakan, sesuaikan bahasa yang disampai. Nilai siapa penonton rakan-rakan. Jangan gunakan bahasa yang tidak mampu difahami oleh penonton. Sebagai contoh, rakan-rakan berucap dalam sebuah kampung , tidak perlulah menggunakan bahasa saintifik ataupun bahasa asing yang memungfkinkan mereka tidak faham.
Selain dari dua perkara di atas, pakaian rakan-rakan juga sangat penting dititik beratkan. Pastikan rakan-rakan memakai pakaian yang sesuai dengan majlis ataupun adat resam kawasan yang rakan-rakan pergi temui penonton.
4. Gunakan buka nota kecil
Percayalah, tidak semua mempunyai kebolehan bercakap secara spontan atau bercakap berdasarkan fakta tanpa bantuan nota kecil untuk mengingatkan rakan-rakan fakta apa yang hendak disampaikan. Ada juga sememangnya bergantung sepenuhnya skrip ucapan yang telah disediakan. kebergantungan terhadap skrip ucapan menyebabkan rakan-rakan gagal memandang penonton.
5. Elak syok sendiri
Penyakit ini sangat perlu dielak dari dilakukan oleh rakan-rakan ketika memberikan ucapan. Jika melihat penonton sudah menunjukkan tanda-tanda mereka bosan dan mulai berborak antara satu sama lain, paling teruk apabila penonton mulai bersorak boooo atau memberi tepukan yang berbeza. berhentilah , tamatkan ucapan rakan-rakan. Bukan berhenti begitu sahaja. Berilah penutup ucapan dengan segera.
editor: selalu memerhati individu yang memberi ucapan di khalayak ramai. ada yang berucap secara spontan dengan membawa nota kecil hasil catitan maklumat yang disesuaikan dengan data yang diperolehi. tetapi sebilangan besar membawa senaskah skrip ucapan yang dibaca dari A-Z . Jangan menyangka pemimpin semua mempunyai kemampuan berucap dengan baik. Semasa menyertai Konvensyen BN Disember 2010 lepas. Berdasarkan beberapa kepimpinan yang berucap mewakili parti hanya 4 orang pemimpin yang mampu menarik perhatian editor kerana mereka berucap dengan cara menarik perhatian peserta/ perwakilan konvensyen. Ketua pemuda UMNO Khairy , YAB Ketua menteri Sarawak, Dtk Seri Mohd Taib. Timbalan Perdana menteri, YAB Tan Sri Muhiddin dan Perdana menteri Malaysia YAB Datuk Seri Najib. ( Ketua Puteri bukan tidak layak, tetapi kerana konvensyen tersebut adalah konvensyen BN, setakat ini belum berjaya wujudkan Puteri BN walaupun sedang giat diusahakan oleh Pergerakan Puteri UMNO lebih setahun) Kerana mereka mampu memberi ucapan hanya berpandu nota kecil dan menggunakan keseluruhan kaedah Komunikasi lisan yang berkesan yang telah dijelaskan di atas.
Selamat mencuba

Comments

Popular Posts