JOM BELAJAR GAYA KOMUNIKASI
Dalam pengucapan mahupun penuliasan, kita harus mengetahui perkara penting bahagaimana berkomunikasi dengan pembaca dan pendengar. lerana ianya adalah perkara yang membawa kepads kejayaan proses berkomunikasi.
Tak perlulah kita bincang tujuan kita mahukan berkomunikasi, setiap penulis dan yang berucapa sudah pasti mempunyai matlamat mengapa berlakunya komunikasi. mesej yang hendak disampaikan berjaya diterima dengan jelas dan tepat oleh pembaca ataupun pendengar.
Hakikatnya hanya ada 2 faktor menentukan gaya komunikasi sahaja yang dinyatakan melalui pembelajaran yang saya terima. Ini fakta. Tidak berani saya hendak buat fakta menjadi auta. Kedua faktor ini bertujuan untuk penulis mahupun percakapan menentukan sejauh mana kemampuan mengawal maklumat yang perlu diterima oleh audien, serta mengawal penglibatan audien.
Gaya memberitahu dan memujuk
penentu berjaya atau tidak adalah penulis atau speaker. Paling penting dan utama, komunikasi itu mampu mempengaruhi audien dengan persembahan yang menyakinkan mereka. Ia akan berfungsi untuk penyampai mesej menerangkan matlamat atau apa sahaja perkongsian . ianya hanya akan menunjukkan keberhasilan apabila audien melaksanakan tindakan seperti mana yang dikehendaki.
Gaya Konsultasi dan penyertaan
Gaya ini biasanya memerlukan sedikit maklumat atau hanya sebahagian maklumat untuk disampaikan. penyampai tidak mempunyai semua penyelesaian atau jawapan kepada isu yang ingin disampaikan. gaya ini meminta penyampai untuk berinteraksi dengan audien. Gaya penyampai memerlukan dia mewujudkan satu usaha sama dengan menggalakkan penyertaan audien untuk bersama-sama mencari jalan penyelesaian.
Berdasarkan 2 faktor ini, kita sebagai penulis dan juga kemungkin yang akan bercakap dengan audien. Dua faktor ini sangat penting. Kita mahukan penglibatan menerima bukan menolak mesej kita dan lebih malang menolak kewujudan kita. Ia juga membentuk agar kita tidak menjadi penyampai yang SYOK SENDIRI
editor: belajar dari apa yang berlaku. belajar dari pengalaman yang diperolehi akhir-akhir ini. mahukan menjadi seorang penyampai yang mampu mengajak audien terlibat serta dalam mencapai matlamat.
Comments
Post a Comment