DIA SANGGUP BERKORBAN? PLEZZZZZ!!
Apa punya pandangan mengenai pengorbanan seorang calon PAS di DUN Tenang, sanggup meletak jawatan, berkorban kerana perjuangannya. Hmmmm.... bloggers Sejarahmelayu.. pleazzzzzzz... sememangnya jawatan guru itu sebagai jawatan mulia. Janganlah dikatakan calon PAS tersebut berkorban kerana kemuliaan hatinya kepada masyarakat. Pada hemat Pu3.. kerana hasratnya ingin menjadi lebih tinggi kedudukannya itulah dia sanggup meletak jawatan yang menjadi rebutan bakal pendidik yang lain. Kalau dia jenis yang sangat sayangkan masyarakat, pengorbanan sebagai pendidik sangat dipandang mulia, mendidik generasi yang mungkin antaranya menjadi kepimpinan akan datang.
Pu3 pernah menemui warga pendidik yang menunjukkkan keupayaan mereka sebagai kepimpinan. Mereka memilih untuk terus menjadi seorang pendidik . Memang sayang kerana kewibawaan mereka sangat diperlukan dalam politik, walau bagaimanapun, pilihan mereka perlu dihargai. Walaupun mereka tidak memegang sebarang jawatan dalam politik, tetapi mereka antara penasihat dan memberi pandangan yang membina. So what? Tolonglah jangan dilambung tinggi sangat Calon PAS tersebut, terlalu tinggi nanti jatuh dia terlalu sakit.
Comments
Post a Comment