BERILAH SALAM
Terkejut Pu3 apabila menerima sapaan "OIT" oleh seorang kenalan baru dalam BBM selepas Pu3 menerima permintaannya. Sebelum menjawab sapaan itu, kPu3 terus memeriksa group yang Pu3 sertai , jika group yang Pu3 bangunkan, sudah pasti Pu3 tahu siap yang jadi ahli kumpulan. Cari punya jejak.. Walllaaaa.. group 1 perjuangan rupanya! hehehehehe
Sebagai menegur, sindiran , sapaan itu Pu3 jawab dengan ucapan "Waalaikumsalam" tergelak rakan baru itu , mungkin menyedari kesilapannya. Alhamdulillah.
Pengajaran yang perlu Pu3 ambil dan kongsikan kepada rakan-rakan. Sebagai orang beragama Islam, sebagai apa jua permulaan dalam berkomunikasi, tidak salah beri penghormatan dengan memberi salam. Kalau bukan sesama agama berilah sapaan yang sopan, salam sejahterakah, Hello, atau ucapan ringkas. Hai
Biarlah membina hubungan persahabatan dengan permulaan yang baik agar memberi kesan penilaian yang baik... hehehehe.. bujan hendak memalukan sahabat ini, tetapi sebagai tanda ingatan pada diri Pu3 agar tidak melakukan perkara sama.
Selamat Berjuang
Comments
Post a Comment