PENDIDIKAN SEKS DARI AWAL

Puteri UMNO Sabah Puteri Seri Kandi

CARA TERBAIK MEMBERIKAN PENDIDIKAN SEKS KEPADA ANAK-ANAK

* USIA 1-5 TAHUN

Dalam usia ini anak-anak boleh diperkenalkan organ sek miliknya secara ringkas. Misalnya , ketika memandikannya, boleh memberitahu pelbagai organ tubuh mereka seperti rambut, kepala, tangan, kaki, perut dan juga alat kelamin mereka. Jangan lupa dijelaskan perbezaan alat kelamin mengikut jantina. perlu ditegaskan bahawa alat kelamin adalah organ yang tidak boleh dipertontonkan secara sebarangan dan tidak boleh dibenarkan sebarangan persentuhan atau dipegang. Sekiranya berlaku , ajarlah anak untuk menjerit dengan kuat memberitahu kepada ibu bapanya. Dengan demikian, anak-anak ayang terlindung daripada serangan atau gangguan seksual.

*USIA 6-10 TAHUN

Usia ini lazimnya anak-anak semakin aktif bertanya berkenaan seks. Misalnya , anak akan bertanya dari mana dia berasal, ataupun pertanyaan secara umum seperti bagaimana asal-usul bayi. Jawapan-jawapan yang ringkas, padar dan terus biasanya efektif. Sebagai contoh: Jika soalan "dari mana bayi datang?" kita boleh memberi jawapan seperti dari dalam perut ibu. atau hanya menunjukkan simbol atau isyarat ibu sedang hamil.

* USIA 11 - 12TAHUN (MENJELANG REMAJA)

Usia ini merupakan fasa anak-anak meningkat remaja, sudah saatnya diberi penerangan mengenai haid kepada anak gadis. ataupun mimpi basah kepada anak teruna serta perubahan-perubahan fizikal yang berlaku kepada mereka. Kita boleh menerangkan bahawa si puteri kecil akan mengalami perubahan bentuk payudara, ataupun diterangkan adanya tumbuh bulu-bulu di kawasan alat kelaminnya.

* USIA REMAJA 13 - 17 TAHUN

Remaja akan mengalami banyak perubahan secara seksual. Perlu lebih intensif menanamkan nilai moral yang baik kepada mereka. Berikan penjelasan mengenai kerugian seks bebas seperti penyakit yang berpunca dari tindakan itu secara emosi.

Secara penelitian, pendidikan seks sejak peringkat awal akan menghindari kehamilan di luar nikah saat anak-anak berubah menjadi remaja. Tidak perlu merasa takut untuk membicarakan seks dalam keluarga kerana anak-anak berhak untuk diberikan maklumat yang tepat. Biasanya kegagalan mendapat maklumat dari ibu bapa dengan tepat, anak remaja ini akan mencari jawapan dari luar seperti rakan sebaya ataupun mendaptkan informasi dari dunia maya (internet) yang lebih menakutkan jika maklumat yang diperolehi adalah salah.

Seandainya anak remaja ini bertanya. "Mengapa bayi boleh ada dalam perut ibu?" jawapan yang boleh diberi dengan menyatakan bahawa bayi berada dalam perut kerana ada benih yang diberikan oleh ayah kepada ibu. Perlu diterangkan kaedah itu berlaku iaitu dengan berlakunya hubungan seks yang dilakukan antara lelaki dan wanita yang telah berkahwin.

****** penerangan yang tepat berkenaan hubungan seks ini akan memberikan gambaran tepat keapada remaja tentang bahayakan melakukan hubungan seks sebelum perkahwinan. ditegaskan juga pertentangan perbuatan tersebut dalam bidang agama itu sendiri, mengharamkan perhubungan sks sebelum berlakunya perkahwinan mengikut hukum syarak yang telah ditetapkan ********

Comments

Popular Posts