jiwa kita

hari ini ujian kesabaran juga apabila apa yang dituliskan seblum sempat disimpan tiba-tiba IPAD buat hal... agaknya tersentuh mana2 atanpa disedari. dua perkara yang sedang dipelajari. menulis artikel dan belajar menggunakan gajet baru ini. jika menggunakan notebook, bolehlah masukkan sekali avatar media sriakndi sipitang, tetapi menggunakan IPAD sah penulisan ini tidak disertakan dengan sebarang gambar di dalamnya

Apa yang ingin dikongsikan petang ini berkenaan tindakan kita dalam melakukan provokasi terhadap isu yang ingin diketengahkan. dalam melemparkan maklumat, sudah pasti kita mempunyai misi agar audien terpengaruh dengan maklumat yang hendak kita sampaikan. ada tindak balas, sama ada mengikutinya ataupun menolaknya. seperkara yang paling penting, selain kita alert dengan isu semasa (thanks kepada kwan yang sudi kongsi maklumat) kita harus siapsiaga untuk mendapat respond atas penulisan kita. baik atau teruk.

# maklumat harus tepat.
# mental harus kuat
# kreatif dan minda krisis

kita melakukan tindakan memprovokasikan lawan kita atau sasaran kita dan mengharap audien terikut xengan matlamat kita. risikonya, jika kita sudah mulakan api, kita akan berhadapan demgan api juga. biasanya lawan atau audien akan memberi respond yng mungkin diluar jangkaan kita. ada kemungkinan akan memprovok kita pula. jika kita mahukan lawan kita melatah dan terkena tembakan tepat kita, mereka juga mempunayai matlamat yang sama untuk lancarkan segala peluru kepada kita. yang dahsyatnya ada audien yang bukan sebelah kita mahupun lawan kita, tetapi jenis pemikiran krisis akan menguji mental kita. berhati-hatilah, kala itu mereka sebenarnya menguji dan memberi penilaian terhadap kita. sama ada kita kuat dari mental. adakah kita bertindak dengan akal atau bertindak dikawal nafsu. jika kita berjaya menguasai audien sebegini, percayalah, mereka akan sentiasa mengikuti kita dan akan menyokong kita, tetapi jika saat kita diuji kita melatah.... sah mereka akan mentertawakan kita.

jika kita sudah menetapkan untuk melakukan pilihan dalam dunia penulisan krisis.. kit perlu persiapkan mental kita juga. akal kita sentiasa bergerak mencari jawapan, perlu peka dan cepat bertindak.

editor: masih dalam pembelajaran menjadi penulis krisis yang baik. perlu menangani kawalan emosi agar tidak tersalah tulis dan tindakan.

selMT berjuang untuk kawan-kawan dan diri sendiri

Comments

Popular Posts