SASAU!!!!


Pu3 terpanggil untuk memberi jawapan apa yang dikatakan oleh seorang ahli dalam kumpulan FB yang mengatakan berkenaan orang kahwin kt siam kerana tidak yakin dengan keupayaan mahkamah Syariah. BN dok buat apa? Hmmm... memang meroyan sungguh . Apa punya kenyataan dia ni. Dari pagi hingga petang, penuh email pu3 sekali buka.. nama dia ni dalam 200 lebih notification kt email 90% sah nama dia keluar. Sehingga sekrang.. jam 11.43 malam, masih non stop komen dalam group. Apa kerja dia ni, agaknya inilah nama petugas cyber yang ditugaskan memberi komen, memporak perandakan dan memeriahkan group FB ni

Hal orang kahwin kat siam ker kt mana2 luar negara ini, tiada kaitan dengan kerajaan. Itu urusan mereka. Mereka merasakan mereka layak, tetapi inginkan urusan yang segera dan express. Selain itu pelbagai sebab mereka berbuat demikian. Kenapa harus dikaitkan kegagalan BN pula. Sah meroyan. Syarat-syarat perkahwinan di Malaysia ini, pada pandangan Pu3 semuanya adalah kebaikan untuk sebelah menyebelah pihak, ada sebab mengapa ada permohonan terpaksa ditolak. Cuma masalah nafsu nak kahwin ni melebihi dari kelayakan yang lain. Itulah mereka bernekad untuk menamatkannya. Ada alasan lebih baik dari berzina. Hmm.... betul.. tetapi pengikhtirafan? Kesannya akan datang? Ada yang bahagia tetapi ada yang terkontang kanting terutama seperti lazimnya perempuan juga sengsara.

Comments

Popular Posts