SHARIFAH MOHON MAAF PADA RAKYAT MALAYSIA # LISTEN #LISTEN #LISTEN


Kuala Lumpur, 20 Januari - Presiden Suara Wanita 1Malaysia,Sharifah Zohra Jabeen telah mengeluarkan kenyataan rasminya berhubung insiden 'Listen' yang mencetuskan kontroversi dalam satu sidang media.

Sidang media berkenaan turut dihadiri oleh Pengerusi Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK), Hafiz Ariffin bersama Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia,Ku Amirul Ku Seman.

Ketika ditemuramah oleh wartawan,Hafiz menjelaskan bahawa sidang media ini merupakan satu insiatif daripada pihak MPPK untuk mendengar sendiri penjelasan dari  pihak Sharifah dan menyampaikan rasa kurang berpuas hati bagi pihak mahasiswa terhadap insiden berkenaan.

Hafiz berkata "Kami juga turut lega Sharifah telah memohon maaf atas insiden yang berlaku"

"Kita juga tidak mahu perkara ini diekspolitasi bagi tujuan-tujuan pihak berkepentingan" ujarnya.

Sumber: keris lok 7 blog

Comments

Popular Posts