GURU DAN POLITIK: HANYA 6 ORANG SAHAJA MEMOHON TERLIBAT DALAM POLITIK


Terkejut juga pu3 apabila membaca berita ini. Dalam begitu ramai guru siswazah. Hanya 6 orang sahaja tampil declare menyertai politik. *wa tabik lah  yang berani memohon tu.

Cuma.. seingat pu3... kalau takat 6 orang sahaja yang memohon tu. Tak logiklah baki daripada 290, 451 orang langsung tak terlibat dengan politik ni.

Baca dulukah artikel di bawah ni....

Guru dan Politik : Hanya 6 daripada 290,457 Yang Memohon

Kementerian Pelajaran mendedahkan hanya seramai enam orang daripada 290,457 guru siswazah memohon untuk terlibat dalam politik walaupun kerajaan telah membenarkan tenaga pengajar yang menepati syarat terlibat dalam politik.

Timbalan Menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, jumlah permohonan yang sedikit itu dipercayai berpunca kerana guru-guru masih bimbang mereka dikenakan tindakan akibat terlibat dalam politik.

Menurutnya, selain itu, para guru turut bimbang identiti mereka yang terlibat dalam politik dan parti didedahkan oleh kementerian dan boleh menjejaskan tugas mereka.

"Para guru dinasihatkan tidak perlu bimbang sekiranya ingin mengemukakan permohonan untuk terlibat dalam politik kerana kebenaran yang diberikan oleh kerajaan telah menjamin identiti mereka dirahsiakan dan tiada tindakan diambil.

"Cuma mereka perlu mengikut syarat yang ditetapkan iaitu guru yang mempunyai jawatan penting dalam sekolah seperti guru besar dan pengetua tidak dibenarkan terlibat dalam politik," katanya selepas merasmikan majlis penutup Forum Penyatuan Islam bersama pesara guru peringkat negeri Johor di Hotel Pine Tree, di sini hari ini. - UTUSAN

Betullah kenyataan timbalan menteri pelajaran ty. Kebimbangan punca guru lain yang terlibat enggan membuat permohonan. Almaklumlah... pegawai atasan ni bukan semua cerdik dan jujur. Nama lagi manusia. Mereka suka hati je membuat tindakan yang kekdang bukan ikut prosedur tetapi ikut andaian yang berpunca dari hati.

Malaysia negara pengamal kebebasan berpolitik. Tak ada arahan atau perintah meminta pegawai kerajaan WAJIB menyertai parti kerajaan semata.. so.. di kalangan pegawai nipun .. sudah tentu akan berpolitik dalam urusan pentadbiran mereka. Jangan nak bohonglah.

Ps: ramai juga di kalangan guru suami isteri siap kempen politik kat sekolah. Memburukkan kerajaan tu salah ni masalah. Pu3 memang tabiklah 6 orang guru yang membuat permohonan menyertai politik itu. Sepatutnya langakah mereka diikuti oleh guru lain.

#1MalaysiaTolakFITNAH
#BNBah
#JanjiDitepati
#PASHANYAPARTIPOLITIK
#PRKakiPenipu

Comments

Popular Posts