JANGAN BUAT UJI KAJI

KUALA LUMPUR 3 Jan. - Rakyat dinasihatkan agar tidak bereksperimen untuk menukar kerajaan serta terpedaya dengan janji-janji kosong pembangkang yang mampu membuatkan negara ini tidak stabil dan berkembang.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, mengambil contoh beberapa janji pembangkang yang mahu mengubah negara ini kepada 'negara berkebajikan' seperti pendidikan percuma, pemansuhan tol, meningkatkan subsidi petrol dan royalti minyak, semua janji itu akan meletakkan negara dalam keadaan bahaya. ~ pu3 SOKONG

Menurutnya, idea-idea itu pernah cuba dilaksanakan oleh negara-negara sosialis dan komunis, tetapi semuanya gagal.

''Realitinya, semua kerajaan perlu wang untuk pembangunan selain memberi subsidi kepada rakyat. Tetapi jika sesebuah kerajaan mengorbankan cukai, tol dan yuran, kerajaan akan kekurangan wang. Dan dalam masa sama, kerajaan itu perlu membelanjakan wang untuk kemudahan awam, lebuh raya, sekolah, hospital, kos operasi dan pembangunan, pencen serta subsidi-subsidi lain.

''Jadi, di manakah kerajaan mahu mendapatkan dana yang diperlukan? Boleh sahaja membuat pinjaman jika wang itu dilabur dan memberi pulangan untuk membayar semula pinjaman. Tetapi jika pinjaman dilakukan hanya untuk perbelanjaan, ia tidak akan mampu melangsaikan hutang,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam entri terbaharu di blognya, http://chedet.cc hari ini.

Beliau berkata, dalam kempennya untuk kembali memegang 'takhta' Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama pernah menjanjikan beberapa perubahan seperti menutup kem tahanan AS di Teluk Guantanamo selain menamatkan operasi ketenteraan di Iraq dan Afghanistan.

Namun jelasnya, segala janji-janji itu gagal dilaksanakan.

''Membuat janji semasa berkempen cukup mudah. Sekarang ini, pembangkang di negara ini cuba meniru rentak Obama dan menjanjikan perubahan. Mereka kata, berilah mereka peluang kerana Barisan Nasional (BN) telah mentadbir negara ini selama 55 tahun.

''Memang diakui BN telah mentadbir negara ini sejak merdeka. Tetapi bandingkanlah Malaysia dengan negara-negara lain yang sama mencapai kemerdekaan. Bandingkan dengan negara-negara membangun di Barat. Mereka kini berdepan masalah kewangan dan tidak mampu mengatasi krisis,'' tegasnya.

Beliau kemudiannya mengajak rakyat mengimbau kembali krisis kewangan yang melanda dunia sekitar 1997 dan 1998.

Katanya, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu cuba menggunakan penyelesaian Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) tanpa pinjaman IMF.

''Bank dan syarikat berdepan dengan ancaman kebankrapan. Kos import meningkat manakala kos sara hidup melonjak. Rekod Menteri Kewangan itu buruk walaupun beliau sering mendakwa kejayaan yang dibawa oleh orang lain itu sebagai kejayaannya.

''Kini sebagai pemimpin pembangkang, beliau mendakwa mahu membawa perubahan. Apakah perubahan terbaik yang diperkenalkannya sepanjang berada dalam kerajaan? Apa yang diminatinya hanyalah meniti tangga kepimpinan UMNO untuk menjadi Perdana Menteri,'' ujarnya.

Atas dasar itu katanya, rakyat tidak seharusnya terpedaya seperti mana beliau sendiri terpedaya dengan gaya pemimpin berkenaan suatu ketika dahulu.

''Memberi tempoh lima tahun kepada pembangkang sebagai kerajaan cukup bahaya. Banyak perkara boleh musnah dalam tempoh itu. Mereka yang kononnya berjuang kebebasan bersuara tetapi sering kali mengambil jalan mahkamah untuk menutup mulut pengkritiknya,'' tambahnya.

Sumber : utusan online

Pu3 bersetuju pandangan Tun dr M tersebut. Pada pendapat pu3. APA SAHAJA PERKATAAN YANG DILAFAZ, DITULIS OLEH KEPIMPINAN PEMBANGKANG ADALAH PEMBOHONGAN BERKAITAN JANJI . LIDAH MANIS INI SANGAT BERBISA.

Pengalaman yang ditunjukkan oleh individu dipuja oleh pakatan rakyat kini (ANWAR BIN IBRAHIM) bukan tidak mempunyai sejarah mentadbir. Pernah diberi peluang tetapi apa yang dipersembahkan olehnya? TAK ADA!!!!

#BNBah
#JanjiDitepati
#PASHANYAPARTIPOLITIK
#PRKakiPenipu
#1MalaysiaTolakFITNAH

Comments

Popular Posts