ALHAMDULILLAH. YAB NAJIB PEMIMPIN ISLAM ASIA PERTAMA BERANI KE GAZA



Alhamdulilkah. Pu3 bersyukur ke hadrat Illahi kerana perjalanan YAB PM ke bumi GAZA berjalan seperti yang dirancang. Apa lagi pu3 bersyukur kerana mendapat makluman bahawa PM kita inilah pemimpin No 1 Malaysia menjadi pemimpin Islam pertama Asia tampil dengan berani jejak kaki di bumi Palastine ini.

Baca cerita Perak today portal yang menyertai rombongan...

Menjelang jam 4 petang tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor selamat sampai ke Gaza melalui sempadan Rafah.


Kedatangan Najib disambut dengan penuh hormat oleh Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh di pintu masuk sempadan antara kedua-dua negara.

Pertemuan antara kedua-dua pemimpin itu mencetuskan satu detik bersejarah antara kedua-dua negara Islam.


Bergema lagu Negaraku dan lagu kebangsaan Palestin dan diikuti pemeriksaan perbarisan anggota keselamatan Palestin.


Team PerakToday.com di Gaza melihat, detik bersejarah itu bukan sahaja mendapat liputan dikalangan media Malaysia malah turut mendapat liputan luar biasa media di Palestin.
Apa tidaknya, antara banyak-banyak pemimpin negara Islam di dunia ini, Najib dan Rosmah merupakan satu-satunya Perdana Menteri yang sanggup bergadai nyawa untuk turun dan melihat sendiri keperitan rakyat Palastin di Gaza.

Dan atas dasar tersebutlah, kedatangan Najib mendapat liputan luar biasa media di sana dan disiarkan secara langsung oleh stesen tv dan radio tempatan.


Rata-rata, kedatangan Najib dan Rosmah bukan sahaja dikagumi oleh pemimpin dan rakyat Gaza malahan lawatan itu membuktikan bahawa pemimpin Malaysia mengamalkan sememangnya prihatin dalam membantu umat Islam di seluruh dunia.

Rakyat Palestin yang ditemui menyifatkan kedatangan pasangan suami isteri itu sebagai lawatan yang unik kerana Najib dan Rosmah adalah satu-satunya ketua negara dari rantau Asia yakni dari luar negara Arab yang pertama sanggup memasuki Gaza tanpa sebarang jaminan keselamatan.


Inilah bukti keprihatinan dan keberanian pemimpin Malaysia, dalam memperjuangkan nasib rakyat di negara sendiri malahan turut membela nasib umat Islam di seluruh dunia.


Kalau pihak pembangkang kononnya nak memperjuangkan nasib rakyat Gaza, apa buktinya. Asyik melaungkan kononnya mereka berani dan memperjuangkan umat Islam di Gaza tetapi tidak pula ada inisiatif untuk turun ke Palestin sendiri bagi melihat sendiri kesusahan rakyat di sana.

Najib dijadual mengunjungi sekolah yang dibiayai rakyat Malaysia, Al Madrasah Al Malaziah sebelum melawat tapak pembinaan pejabat baru untuk Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh.

Pejabat lama Ismail musnah semasa serangan Israel pada November tahun lepas.

Beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan anggota Kabinet dan Ahli Parlimen Hamas.


Kemudian, Najib akan melawat Universiti Al-Aqsa, di mana beliau akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran.

Turut serta dalam delegasi itu adalah Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beberapa wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut berada di Gaza sepanjang lawatan itu.


Sumber: perak today dot com

Nahhhhh.. kali ini apa pula bunyi pembangkang nak kata pemimpin UMNO/BN menolak Islam hanya kerana menolak PAS sebagai Medium perjuangan islam.



Arbaiyah nak kata apa selepas ni. Nak kata pula. Setakat nak tolong palastine baik tolong selamatkan akidah unat Islam di Malaysia? Pu3 boleh bayangkan pemikiran perempuan seorang ini. Sepanjang membuat pemerhatian status dia setahun ini sudah membuat pu3 boleh membaca perjalanan status tweetnya dia! Orang Takbur dan Riak ni.. semua orang tak benar. Dia seorang sahaja benar.

Ilmu nan dangkal tetapi nak disombongkan. Tak ada makna cik kak. Elok belajar lagi sedalam mungkin. Mungkin dah faham Islam itu sebenar barulah taubat nasuhah datang bertandang dalam diri awak. Sekarang ini pu3 still kata. Awak masih belum berhijrah sebenar-benar hijrah. Hanya kulit sahaja.

#I♡PM
#1MalaysiaTolakFITNAH
#BNBah
#JanjiDitepati
#PASHANYAPARTIPOLITIK
#PRKakiPenipu

Comments

Popular Posts