YANG PASTI: TIADA BANGKAI PESAWAT MH370 DI SELATAN FILIPINA!!!


Sengaja LADY tak nak keluarkan cerita berkaitan kononnya penemuan bangkai pesawat di selatan filipina siap laporan polis lagi. Perkara ini menjadi bualan bukan setakat di facebook... malahan perbualan di kedai kopi ada saja kelompok 'politikus kedai kopi 'penuh semangat bercerita tentang ini. LADY hanya memerhati sahaja. Kalau kena group LADY.. sah kena sebijik juga. Nasiblah kelompok lain. Lagipun LADY ke restoran untuk menjamu selera bukan menjamu cerita.

Pengumuman dari Ketua polis negara setelah menerima laporan siasatan membuktikan... lapora  'konon' itu hanya cerita tak pernah wujud. Saja mengecohkan keadaan.!! Tahniahlah pada mereka yang berhabisan nak jadikan cerita dongeng ini untuk mempersalahkan pihak kerajaan!!!!
Sila baca di bawah ini:

KUALA LUMPUR:  Pihak berkuasa Filipina telah mengesahkan bahawa tiada bangkai pesawat MH370 dijumpai di selatan negara itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pengesahan itu sekali gus menolak dakwaan kononnya ada bangkai pesawat yang dipercayai MH370 dijumpai di negara itu.

"Tak betul... Filipina sahkan tidak ada bangkai kapal terbang," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas kepada Bernama hari ini.

Pada Sabtu lalu, seorang lelaki bernama Jamil Omar membuat laporan di Balai Polis Sandakan yang mendakwa ibu saudaranya menemui bangkai pesawat di hutan Pulau Sugbay, Tawi-Tawi di Filipina awal September lepas.

Dalam laporan itu, lelaki berkenaan turut mendakwa wanita itu menemui banyak rangka manusia dalam pesawat terbabit selain menjumpai sehelai bendera Malaysia berukuran 178sm panjang dan 89sm lebar.

Pesawat Malaysia Airlines MH370 dilaporkan hilang pada 8 Mac tahun lepas ketika melakukan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal.

Pencarian pesawat itu bertumpu di selatan Lautan Hindi yang mana penerbangan itu dipercayai berakhir sejak lebih setahun lepas. - BERNAMA

Ps: selalu sangat politikus kedai kopi dan pokitikus media sosial menegangkan keadaan. Bilalah mereka ini menjadi dewasa akal fikiran. Keterujaan mahu jadi serba tahu dan tunjuk konon cepat tahu mengakibatkan mereka lebih nampak bodoh kerana gelojoh sebarkan cerita tak wujud!!!!!

Comments

Popular Posts