TOLAK UMNO KERANA PERTEMBUNGAN AKIDAH? jenaka tak lawak
PEWARIS ANAK BANGSA
PAS perlu memberi penjelasan sebenar apa yang dimaksudkan pertembungan antara parti itu dengan UMNO adalah pertembungan akidah dan bukannya pertembungan politik. Dekan fakulti Sains pentadbiran dan Kajian Polisi Universiti Teknologi Mara, Prof Datuk Ramlah Adam berkata perkataan akidah itu tidak boleh dipergunakan dengan sewenang-wenangnya demi kepentingan politik – umnoonline.com
Sudah lama pu3 dengar pertuduhan ini sebenarnya. Sentiasa berkumandang dari kepimpinan PAS mengatakan bahawa menyertai UMNO tak tercium bau syurga, menjadi kafir, ahli UMNO jahiliyah. Macam-macam lagi. Pu3 tidak terkejut apbila kenyataan kepimpinan PAS menolak UMNO konon kerana akidah. Sudah lama diketahui dan sangat jelas . Persoalan pu3 sekarang di mana masalah akidah UMNO tersebut? Adakah UMNO membawa hokum baru dalam agama atau tidak meperjuangkan agama Islam walhal dalam perlembagaan UMNo itu sendiri dalam:
Fasal 3 (3.3) menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi Negara serta menghormati prinsip-prinsip beragama.
- Adakah kerana catatan di belakang sekali kebebasan beragama menjadi titik tolak Pas mengatakan masalah pertembungan akidah antara UMNO dan Pas?
Pu3 teringat pula ada kenyataan atau ajak seorang sehingga inbox ke FB. Setengah bulan yang lalu, sewaktu p0u3 dalam perjalanan ke kawasan sahabat pu3 atas jemputannya merasmikan mesyuarat perwakilan Puteri kawasannya. Pu3 kurang berminat untuk berhujah memandangkan ketika itu pu3 sedang dalam kenderaan mengejar masa penerbangan. Sangat bahaya memandu sambil memegang alatan komunikasi. . Menyatakan bahawa UMNO itu pewaris jajahan British. Pu3 soal semual kenapa? Dia katakan bahawa sehingga kini tulisan jawi tidak diperjuangkan. Papan tanda semua melayu dan inggeris. Tiada tulisan jawi. Banyak lagi sayangnya mesej itu boleh hilang, agaknya dia bukan list rakan fb pu3 tu yang mesej tidak kekal tu.
Dia Tanya pu3 kenapa ikut UMNO, pu3 jawab n selepas itu pu3 soal dia balik dia jawab dengan soalan. Pu3 kalau orang jaka berhujah secara personal ni, sememangnya paling pantang , jelas ada matlamatnya takut. Pu3 ajak berhujah di wall dia kata masuk parlimen fb.. lawaknya masuk di sana tiada pula ajak berhujah tersebut. Why? Dia dengan bangga mengumumkan bahawa dia sudah menang dalam perdebatan peratama inbox. Ini lagi suatu jenaka . bagaiman dia boleh katakana dia menang sedangkan soalan pu3 dijawab dengan soalan. Lantaklah.. pu3 dh tahu, mamat tu mmangnya songsang fikiran sntiasa merasakan dirinya benar. Spesis begini, tak berdebatpun tak rugi sebab otaknya sudah tepu.
Akhir sekali, pu3 juga mencabar PAS untuk memperjelaskan di mana pertembungan akidah yang dikatakan oleh PAS sehingga PAS menolak UMNO tetapi sanggup berskongkol dengan DAP yang jelas menidakkan Islam itu dengan rela.
Comments
Post a Comment