PENYERAHAN TANDATANGAN KEPADA DATO RAJA NONG CHIK : PBIK
| JAWATANKUASA PERTUBUHAN BELIA ISLAM KEPONG BERSAMA MEMORUNDUM SERIBU TANDATANGAN UMAT ISLAM KAWASAN WILAYAH PERSEKUTUAN (Sumber: Sahabat Cyber) |
![]() |
| Setiausaha PBIK Saudara Razak memberi penerangan kepada Dato Raja Nong Chik (sumber : sahabat Cyber) |
Tiada masalah mampu diselesaikan dengan kekasaran. Tiada isu dapat diselesaikan tanpa kebijaksanaan. Tiada pencapaian tanpa permuafakatan. Demikianlah kata-kata sesuai dengan usaha yang dilakukan oleh Pertubuhan Belia Islam Kepong selama hampir 2 bulan. Bersungguh-sungguh untuk mencapai objektif perjuangan mereka, hari ni terlaksana.
| Pengerusi PBIK menyerahkan memotundum kepada Dato Raja Nong Chik di pejabat DBKL (sumber: sahabat cyber) |
Pagi ini, jawatankuasa pertubuhan Belia Islam Kepong (PBIK) berpeluang bertemu sendiri dan memeterai ikrar program mendapatkan tandatangan SATU RIBU dari umat Islam kawasan untuk memohon CUTI sempena sambutan Nuzul al-Quran yang saban tahun diraih dalam bulan Mulia Bulan Ramadhan bagi kawasan wilayah persekutuan.
| Dato Raja Nong Chik memerhatikan Seribu Tandatangan menyokong dengan pandangan berminat (sumber: sahabat cyber) |
Tiada demontrasi, tiada pergelutan, tiada pergaduhan pun berlaku, apa lagi kekecohan. Penyerahan memorundum dalam suasana damai di dewan Perbandaran Kuala Lumpur.
| Tiada pergaduhan, apa lagi pergelutan. kemesraan menjalin muhibbah antara mereka (sahabat cyber) |
Semoga harapan mereka yang menyokong cadangan ini, terlaksana bulan Ramadhan tahun ini. Amin. Tahniah kepada jawatankuasa Pertubuhan Belia Islam Kepong.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Comments
Post a Comment