PEMIMPIN MELAYU PAKATAN PEMBANGKANG BACUL: ISU TAPAK MASJID

Pandang gambar di atas. Andai pemimpin BN Islam melakukan perkara begini. Sah habis terlondeh dikerjakan penyokong Pakatan Pembangkang! Kafirlah dan sewaktu dengannya!

Ok pu3 bukan nak cerita pasal gambar di atas. Tetapi perkara lain.

4 hari berturut-turut pu3 disajikan makluman kenyataan Ketua Pemuda negeri pualau pinang yang mencabar dan menyatakan pendiriannya berkenaan tindakan kerajaan negeri pulau pinang yang menjual tapak masjid di bayan mutiara. Cabaran-demi cabaran, kepimpinan pakatan beragama Islam umpama digam mulut, tak ada seorangpun tampil memberi kenyataan.

Lagi pu3 pelik. Isu murtad dibiarkan... Tetapi isu gadis tarian tiang pula jadi pandangan PAS. Jika kedua perkara mana satu yang penting? Apa lagi isu penjualan tapak masjid, ia mungkin dilabelkan sebagai isu tidak menjejaskan perjuangan mereka. Al maklumlah PAS dah jadi parti toleransi. Agama halal dikutuk dan dihina selagi ia dalam kumpulan pakatan. Tak per.. Asalkan PAS survival dalam pakatan.

Kata Ir jebat Moden -
Umat Islam benar-benar kesal dengan sikap dua pemimpin Islam kerajaan negeri P.Pinang kerana tidak berani bersuara mengenai tapak masjid dan sekolah di Bayan Mutiara. Sikap membisu pemimpin Pas yg juga Exco Agama, Abdul Malik Abdul Kassim dan pemimpin PKR, Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Osman membuktikan mereka tidak peka dan bertanggungjawab dalam membela maruah umat Islam di negeri ini.

Adakah kedua-dua mereka ini takut untuk bersuara kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengenai kepentingan umat Islam. Isu masjid dan sekolah di Bayan Mutiara menjadi isu umat Islam di negeri ini dan ia bukan isu UMNO sahaja untuk diperjuangkan.

Sebagai pemimpin Melayu dalam kerajaan pembangkang, kedua-dua mereka yg beragama Islam perlu bersuara dalam mempertahankan hak umat Islam dan bukannya bersikap mendiamkan diri. Inilah contoh pemimpin boneka yg hanya mementingkan diri & jawatan. Justeru rakyat perlu berhati-hati memilih pemimpin dalam PRU-13 akan datang, supaya tidak terpilih pemimpin bacul macam ni

P/s: dah banyak gelagat ustaz-ustaz.. Tak serupa perangai guru agama. Inilah mungkin dikatakan ujian syaitan pangkat besar yg menggoda mereka.

Comments

  1. salam perjuangan tuan
    saya ingin memohon tumpang berjuang dgn pautan di blog tuan
    http://pecahpalakmikir.blogspot.com/
    Harap pihak tuan sudi berjuang bersama-sama saya. Terima kasih
    Bahasa kita bahasa mudah,
    Bahasa cintakan perjuangan Agama Bangsa dan Negara
    Wasalam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah. Pu3 akan linkkan. Blog tuan . Sudi kiranya menjadi follower blog pu3 ini ya

      Delete

Post a Comment

Popular Posts