BUNYI JE ADA, BUATNYA TARAK!

Seorang pelajar kolej swasta dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan menghalang tugas penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), semalam.

Bagaimanapun Umar Mohamad Azmi, 23, aktivis Occupy Dataran mengaku tidak bersalah.
Umar didakwa sengaja menghalang Mohd Masran Mamat, 34, daripada menangkap dan mengiringi ketua aktivis Occupy Dataran, Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin, 35, yang enggan mendengar arahan DBKL untuk menurunkan khemah yang mereka pasang di Dataran Merdeka.
Tidur di khemah tanpa ada perasaan malu ditayangkan... freethinker? info begitulah!

Perbuatan itu didakwa dilakukannya di Jalan Raja Laut di sini, kira-kira jam 8.05 pagi, semalam.
Occupy Dataran adalah sekumpulan aktivis yang menuntut Dataran Merdeka sebagai ruang terbuka dan hak rakyat untuk berbincang dan berdemokrasi.

Timbalan Pendakwa Raya, Wong Chai Sia, memohon mahkamah menetapkan ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin namun, peguam Syahredzan Johan memohon ia dikurangkan kepada RM1,000.
Tertuduh seorang pelajar tahun akhir jurusan diploma dalam jurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Hulu Klang.

"Bapanya yang hadir untuk menjamin bekerja di syarikat pemasangan paip dan perlu menanggung empat orang anak serta isteri yang masih belajar," katanya.
Majistret Zaki Asyraf Zubir membenarkan Umar diikat jamin RM1,000 dan menetapkan 8 Mei untuk sebutan semula.


Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda maksimum RM 10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Mohd Fahmi Reza ketika ditemui Sinar Harian berkata, dia perlu hadir ke mahkamah untuk sebutan kes berkaitan Akta Parit dan Bangunan di bawah DBKL pada 22 Mei depan.-SH

****************

Soalan pu3, mana perginya penaja kumpulan ini? aktiviti tidak sihat pelajar bodoh ni dah menyusahkan ibubapanya! Mana janji kata ada pembelaan untuk mereka sekiranya ditangkap?

Budak demo ni nama je berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi. Tapi minda mereka tak selaras dengan taraf akademik mereka. Diperbodohkan!

menggelar diri mereka OCCUPY DATARAN
perhatikan gambar ini, minah botak ini, bukan sahaja berada di dataran, ketika himpunan anti-Lynas juga dia ada? Berlakon mewataki Zaiton Samion juga suatu ketika dahulu. Wajarlah , dia buat kerja ini kerana UPAH?

Occupy dataran ni lagi satu bencana. Mereka ni lebih cenderung pada kumpulan demo upahan. Di lynas ada, dah tu mengikut maklumat, minah botak tu dah usia 41 tahun tak dewasa langsung dikatakan freethinker! Dengan erti melayunya, tak mempunyai kepercayaan agama. Alamak! PAS sokong kumpulan yang dah lengkap songsangnya! LGBT nya.. Murtad ada, tak percaya agamapun ada. Perfect team! Sekarang PAS nak ulas apa?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

  1. Bodoh lah diorg ni, terlalu ikot nafsu yang dah d songsangkan. Si tua ni pun sama, duk umah lagi baik lah, menyemak jek

    ReplyDelete
  2. JOM MENONTON , TV1 ,TV2,TVi,TV3,NTV7,8TV,TV9 alhijrahtv ,emastv,Astro Ceria ,Astro Prima ,Astro Oasis ,Astro Box Office Movie ,hbo movie,star plus,national geografi,net geo, discovery channel ,AXN BEYOND HD,Bloomberg Tv,Cinamax,dan banyak lagi  DI http://vecasts.blogspot.com/2011/10/malaysia-tv-online-watch-malaysia-tv.html  menonton secra percuma tak perlu daftar dan x perlu bayar
    TERDAPAT JUGA LEBIH 207 BUAH SIARAN RADIO ONLINE BOLEH DI DENGARI SECARA LIVE DI SINI jom terjahhhhhhhhhhhhh ,maklumat penting,ada ketikanya sesetengah saluran tidak beroperasi kerana masaalah server down atau pun offline,Terdapat juga pelbagai siaran radio dan tv dari pelbagai negara di sini live hanya untuk anda,terdapat juga pelbagai siaran telivisi dan radio online indonesia di sini..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts